Didik

‘Tak Perlu Suruh, Mereka Baca Sendiri’ – 4 Cara Berkesan Didik Anak Supaya Cintai Al Quran

200
SHARES

Pendidikan anak-anak bukan sahaja tertumpu kepada pelajaran di sekolah. Ibubapa kena tahu bahawa teras kepada pendidikan yang sebenar adalah bermula dengan ilmu Al-Quran dahulu. Mungkin proses untuk anak-anak mendalami dan mencintai Al Quran agak susah berbanding pembelajaran biasa, tetapi siapa yang tak mahu anaknya mempunyai kebolehan menghafaz Al Quran kan? Jadi, ini adalah 4 cara yang anda boleh gunakan supaya anak-anak akan ‘ketagih’ mendalami ilmu Al Quran!

TIPS ANAK MUDAH CINTAI AL-QURAN

Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. Sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran, Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran. Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:

1) BIAH AL QURAN

www.istockphoto.com

Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran. Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca, tak perlu saya suruh-suruh  atau paksa lagi. Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran. Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumah. Betapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumah. Ini yang dipanggil BIAH AL QURAN.

Aanak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran. Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca al Quran. Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?

2) HIDUP TANPA TV

http://www.iran-daily.com/

Part ni paling susah. Jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi. Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya suka. Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR. Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton

Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan tiu berlaku 5 tahun yang lepas. Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi. Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran.

3) SENTIASA ISI GELAS ILMU

www.celikalquran.com

Untuk berjaya dalam mendidik anak, perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong. Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman. Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak saya

Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu. Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu.

4) DOA

http://www.cewekece.com/

Patut saya letak ini kat atas sekali, ini paling penting! Saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran, dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya. Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai. Berdoalah wahai ibu ayah. Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah, pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya

Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur Solehah. Moga ada manfaat bagi yang membaca.

Sumber: Siti Aminah Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×