Hebahan

3M dan 11street Mulakan Minggu Minum Air Edisi Kedua di 1Utama

photo 3

Bermula dari 25 Mei, 3M Malaysia dengan kerjasama 11street akan melancarkan edisi kedua kempen Minggu Minum Air Malaysia di pusat membeli belah 1Utama bagi meningkatkan kesedaran dan advokasi untuk air yang lebih bersih, lebih jernih dan lebih enak dirasa selain memupuk tabiat meminum air yang lebih baik di kalangan rakyat Malaysia.

Kempen yang berlangsung selama lima hari ini akan menampilkan monumen Titisan Air 3D pertama oleh 3M, monumen ‘titisan air’ berukuran setinggi 6 kaki ini berfungsi untuk menarik perhatian pengunjung selain berperanan sebagai peringatan untuk meminum lebih banyak air berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Cawan air yang dilabelkan dengan fakta menarik akan diedarkan kepada pengunjung bagi menggalakkan perbincangan mengenai manfaat meminum air. Selesai sahaja meminum secawan air, pengunjung akan meletakkan cawan kosong tersebut ke atas monumen sebagai simbolik rakyat Malaysia yang lebih sihat melalui tabiat meminum air yang lebih baik.

photo 1

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, adalah sangat penting untuk kita meminum air secukupnya untuk kekal hidrat. Di 3M, kami percaya seluruh rakyat Malaysia harus memiliki akses kepada sumber air yang bersih, jernih dan rasa air yang lebih enak,” kata Hideo Yamazaki, Pengarah Urusan 3M Malaysia. “Kami telah melancarkan Minggu Minum Air pada tahun lepas di kalangan keluarga muda di mana mereka diberi maklumat mengenai penapisan air yang sangat bermanfaat. Oleh itu, pada tahun ini kami berhasrat untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran lebih ramai rakyat Malaysia lagi melalui kempen ini,” tambah beliau.

photo 2

11street Sokong Minum Air

Bagi meraih sokongan yang lebih padu bagi kempen ini, 3M bekerjasama dengan salah satu e-mall terbesar di Malaysia, iaitu 11street sebagai penjual produk atas talian rasmi 3M bagi mencapai penduduk di seluruh pelusuk negara.

“Sejak bermulanya cuaca terik, carian atas talian untuk penapis air telah meningkat sebanyak 80% di seluruh negara. Ini menunjukkan pengguna mula mencari penyelesaian bagi keadaan tersebut. Mereka memahami tentang keperluan meminum air dan betapa bermanfaatnya untuk memiliki sistem penapisan air di rumah,” jelas Bruce Lim, Naib Presiden Barangan 11street. “Kami cukup berbangga dapat bekerjasama dengan peneraju inovasi seperti 3M untuk menyediakan akses kepada produk penapisan sumber air yang berkualiti bagi menyediakan air yang lebih bersih, jernih dengan rasa yang lebih enak kepada rakyat Malaysia. Ini juga menekankan bagaimana mudahnya menggunakan perkhidmatan kami dan intipati nilai yang kami ingin sampaikan iaitu ‘Anda akan pasti menjumpai apa yang anda ingini’ di 11street walau dalam apa jua keadaan.”

Lindungi Rumah Anda Dengan 3M

Fenomena El Nino dan La Nina mengakibatkan corak cuaca yang tidak menentu yang terdiri daripada panas terik yang membakar kulit diikuti dengan ribut petir dan banjir kilat. Perbezaan cuaca yang ketara boleh menyebabkan bakteria terkumpul di dalam empangan, manakala sisa air dan sampah boleh memasuki ke dalam empangan menyebabkan peningkatan pencemaran. Infrastruktur dan agensi rawatan air Malaysia terbukti berkesan dalam meredakan kebimbangan itu, namun tiada salahnya untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menapis dan melindungi diri dari air yang mungkin tercemar.

Jurutera Kanan Aplikasi 3M, Jean Lee menyatakan bahawa penapis air 3M adalah antara inovasi teknologi terbaharu dalam menapis punca air untuk kegunaan keseluruhan rumah termasuklah untuk minuman harian. “Kita kebiasaannya mengambil perkara ini sambal lewa. Ia adalah amat penting bagi memastikan air yang diminum oleh orang yang tersayang ditapis dan dibersihkan. Walaupun rawatan air Malaysia efektif dan mampan, tidak sukar untuk membayangkan pencemaran yang boleh terjadi ketika proses air dirawat sehingga ia sampai ke rumah kita. Oleh itu, 3M yang dilengkapi dengan teknologi terunggul besertakan 75 tahun pengalaman dalam bidang penapisan mampu mengurangkan kadar pencemaran dalam air yang kita minum melalui produk penapisan kami.”

image003

Mengaplikasi Teknologi Dual dalam 3M Filtered Water Dispenser HCD-2

Pada hari pelancaran, 3M Malaysia turut memperkenalkan produk berteknologi tinggi terbarunya, 3M Filtered Water Dispenser HCD-2. Ia menampilkan teknologi ‘dual’ dua langkah untuk menapis kekotoran; pertama, melalui penapisan karbon dan kedua melalui teknologi UV bagi mengurangkan 99.9% virus, patogen dan bakteria. Ia juga dilengkapi dengan ‘Sanitary Quick Change’ (SQC) bagi menekankan bagaimana kartrij penapis boleh digantikan cepat dan pantas, iaitu dalam tempoh 10 saat, dengan tiga pilihan suhu yang berbeza (panas, suam dan sejuk). Produk ini juga mempunyai pilihan pendidihan segera yang mendidihkan air kurang dari 90 saat. Walau bagaimanapun, ciri yang paling menonjol adalah perencat endapan yang mengurangkan pembentukan endapan pada kuali pemanasan untuk prestasi pendidihan yang konsisten.

Selain itu, 3M juga akan memperkenalkan barisan penapis air yang boleh dimiliki di 11street (www.11street.my) seperti:

  • AP 902 Whole house filtration system
  • DWS2500T-CN Drinking Water Filter System
  • AP DWS1000 Drinking Water Filter System
  • AP Easy Complete Drinking Water Filter System
  • CTM-01 Countertop Drinking Water System
  • AP Easy Cyst FF Food Preparation Water Filter System

photo 5

Peraduan Menarik untuk Produk 3M yang Menakjubkan            

3M dan 11street akan memberikan peluang kepada pengunjung-pengunjung 1Utama untuk memenangi hadiah 3M yang menarik melalui peraduan ‘Stack dan Instag It!’ sepanjang tempoh kempen. Untuk menyerta, pengunjung hanya perlu meletakkan cawan di atas monumen Titisan Air 3D, ambil gambar monument tersebut secara kreatif dan muat naik ke dalam Instagram besertakan hashtag #LifeWith3M, #StackItWith3M dan tagkan gambar tersebut ke akaun Instagram 11street, @11streetMY.

Selain itu, peraduan mewarna bagi kanak-kanak akan diadakan pada hari Sabtu 28 Mei, di mana ia terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun. Peserta akan dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kategori A bagi kanak-kanak berusia antara 4-8 tahun, dan kategori B bagi kanak-kanak berusia 9-12 tahun. Hadiah-hadiah yang berjumlah sehingga RM 6000 menjadi rebutan untuk para peserta peraduan mewarna kanak-kanak

Sepanjang minggu acara, 3M Filtered Water Dispenser HCD-2 dijual dengan harga promosi RM 3999 (harga pasaran RM 4299), dan para pembeli akan mendapat servis pemasangan percuma, satu katrij percuma, lawatan pemeriksaan di rumah percuma satu kali serta penyelenggaraan percuma bahagian penapis dalam satu tahun pembelian. Sebarang pertanyaan mengenai 3M Filtered Water Dispenser HCD-2, hubungi 3M di (03) 7884 2888. Untuk informasi lanjut mengenai Minggu Minum Air 3M atau penapis air 3M, sila layari www.3M.com.my/water. Untuk membeli produk penapis air 3M, layari laman 3M di 11street di http://goo.gl/G0AdJi.

3M logo

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About 3M

At 3M, we collaborate and apply science in powerful ways to improve lives daily. With $32 billion in sales, our more than 90,000 employees connect with and serve customers in 200 countries. Learn about 3M’s creative solutions to the world’s problems at www.3M.com. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×