Famili

3 Perkara Paling Penting Untuk Membentuk Pembangunan Anak-Anak. Ibu Bapa Wajib Baca!

181
SHARES

Keluarga merupakan ‘rumah’ paling utama yang perlu dimiliki kerana ia adalah impian setiap orang. Manakala, keluarga bahagia juga boleh didefinisikan sebagai keluarga yang hidup dengan sejahtera dan aman. Ini dapat membuktikan bahawa keluarga bahagia dapat membentuk sebuah pembangunan anak-anak yang berjaya.

Gambar Hiasan

FAKTOR UTAMA DALAM PEMBENTUKAN ANAK-ANAK

1. Gaya Hidup

Gambar Hiasan

Gaya hidup sihat adalah satu amalan kehidupan yang dapat memberi impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Bagi keluarga bahagia mereka lebih mengamalkan amalan bersukan dan pengambilan makanan yang seimbang dalam institusi kekeluargaan bagi menjamin pembentukan anak-anak.

2. Keutuhan Rumah Tangga dalam Keluarga

Gambar Hiasan

Perkara ini kurang mendapat perhatian dan dipandang remeh oleh setiap institusi kekeluargaan. Ini sekaligus dapat menjejaskan keharmonian rumah tangga yang menganggap keutuhan rumah tangga dalam keluarga terbentuk dengan sendiri.

Keutuhan rumah tangga penting pada masa kini kerana terdapat banyak pengaruh luar yang menjadi tentangan dan halangan yang rumit. Seperti pengaruh ekonomi, sosial dan politik yang telah mempengaruhi kehidupan dan perhubungan di dalam rumah tangga dan keluarga, dan seterusnya memberi kesan kepada keutuhan atau kelunturan keluarga.

3. Peranan Kekeluargaan dan Keibubapaan

Gambar Hiasan

Peranan keluarga sangat penting kerana merupakan pengaruh besar terhadap pembangunan sahsiah anak-anak. Ini kerana ibubapa atau penjaga lebih memahami keadaan sekeliling, mengetahui pendekatan dan cara-cara yang sesuai untuk mendidik dan membimbing anak-anak, serta mempunyai ilmu dan kemahiran keibubapaan yang mantap.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×