Hebahan

298 Buah Sekolah Di Zon Merah Daerah Petaling Ditutup Bermula 12 Oktober-KPM

28
SHARES

Terbaharu, dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian berhubung peningkatan kes COVID-19 di daerah Petaling. Kini, daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DALAM PETALING, SELANGOR DITUTUP

Selaras dengan perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.

Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang. Walau bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada dibawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.

SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT

Berikut merupakan antara senarai sekolah yang terlibat:

Semoga kita dapat melihat penurunan kes dalam masa yang terdekat. Maka dengan itu, terus amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. #kitajagakita

Sumber:www.moe.gov.my., KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×