Rakyat

22 Pelajar Dijangkiti Virus Influenza A Di Cyberjaya, Klang

25K
SHARES

Sekarang ni ramai ibu ayah risau dengan wabak Influenza A yang dikatakan tengah menular.

Laporan terkini oleh News Straits Times melaporkan bahawa 22 orang di Cyberjaya dan Klang telah disahkan positif Influenza A oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pada hari Khamis, 9 Januari 2020.

Di Cyberjaya, 20 orang pelajar dan seorang guru telah didaignos dengan jangkitan tersebut setelah menunjukkan tanda demam, batuk dan selsesema.

Dalam kes berlainan, 2 beradik di Kalng juga telah disahkan positif terhadap Influenza A seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Para pelajar dan guru (di Cyberjaya) telah menerima rawatan dan dibenarkan pulang. Namun salah seorang pelajar lelaki telah dimasukkan ke wad di hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Salah seorang daripada 2 beradik juga ditahan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, berdasarkan penyiasatan, kedua-dua kes di Klang dan Cyberjaya adalah tidak berkaitan antara satu sama lain.

Tiada sekolah yang ditutup di Selangor buat masa ini berikutan situasi yang masih terkawal.

Info Tambahan

SIMPTOM-SIMPTOM INFLUENZA

  • demam panas
  • batuk
  • muntah
  • cirit birit
  • sakit kepala
  • sukar bernafas
  • kelesuan

GOLONGAN BERISIKO TINGGI

  • kanak-kanak bawah 5 tahun
  • wanita hamil
  • orang tua
  • penghidap penyakit kronik

LANGKAH PENCEGAHAN

  • pastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk/bersin
  • cuci tangan selepas batuk/bersin
  • pakai penutup mulut dan hidung
  • hindari tempat awam dan sesak
  • jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza
  • dapatkan suntikan vaksin influenza

 

Sekiranya terdapat simptom ini, sila ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×