Famili

15 Tahun Selisih Faham Dengan Mak, Berkat Bulan Ramadan Akhirnya Berbaik…

79
SHARES

Hubungan antara ibu dan anak sudah tentunya tidak akan putus meskipun pelbagai dugaan perlu dilalui. Sebagai anak, kita sudah tentunya mahukan terbaik dan tidak mahu menguris hati si ibu. Hal ini sama seperti perkongsian seorang lelaki di laman Facebooknya dan perkongsian tersebut sudah tentunya turut mengundang sebak warganet.

Baca juga: Demi Jaga Anak OKU & Ibu, Wanita Ini Masak Siap 22 Jenis Lauk Frozen Untuk Puasa

15 TAHUN SELISIH FAHAM DENGAN MAK, AKHIR BERBAIK

Jelas lelaki bernama Imi Aruz, dia dan ibunya bergaduh selama 15 tahun dan tidak pernah berjumpa kerana perselisihan faham yang terjadi antara mereka.

Meskipun dia difitnah dan tidak bersalah, Imi mengambil keputusan dan terbuka hati untuk meminta maaf kepada ibunya dan si ibu turut terbuka hati untuk memaafkan.

Kasih ibu dan kebesaran bulan ramadan. 15 tahun tak jumpa mak kerana selisih faham. Alhamdulillah awal bulan ramadan takdir Allah lembutkan dan buka hati kedua pihak untuk saling memaafkan.

Walau memang saya tak bersalah saya difitnah dulu saya buang ego saya. Syukur pada Allah masih beri saya kesempatan sebelum mak saya tutup mata. 

Lebih mengembirakan apabila ibu kepada lelaki berkenaan sanggup masak setiap hari lauk kegemarannya dan dihantar ke tempat kerja. Setiap kali dia menerima masakan daripada ibunya, pasti air mata lelaki berguguran.

Walau lauk biasa-biasa, sejak dah berbaik tiap hari mak masakan lauk kegemaran saya dan suruh grab antar ke tempat kerja. Pada yang masih terasa hati dan selisih faham dengan orang tua berbaiklah tak apa kita mengalah walau kita tak salah. Berjurai air mata abang tiap kali dapat rasa masakan mak. Terima kasih mak. 

“ALHAMDULILLAH…”

Perkongsian itu sudah tentunya dibanjiri komen warganet dan mereka begitu teruja serta gembira dengan kebahagiaan yang dirasai oleh ibu dan anak itu. Walau apa pun jadi, ibu tetapi insan yang sentiasa akan menyayangi kita dan menerima kita seikhlas hati.

Sumber: Facebook Imi Aruz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×