Kini Trending

12 Filem & Drama Berkonsepkan Game Survival Ala Squid Game

2.6K
SHARES

Fuh! Penangan Squid Game memang cukup dasyat di sosial media. Walaupun hanya berdurasi selama 9 episod, namun ia berjaya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat penonton.

Memang sukar untuk lupakan detik-detik cemas dan saspens dalam drama ni! Kalau anda sukakan genre game survival macam Squid Game, bolehlah tonton drama dan filem-filem di bawah ini pula!

1. As The Gods Will (2014)

Sejak Squid Game ditayangkan, heboh di sosial media mengatakan Squid Game telah meniru filem ini.

Memang tidak dinafikan ada beberapa persamaan yang ketara seperti patung yang menangkap dan menyingkirkan peserta pertandingan secara kejam.

Tetapi, ia adalah kebetulan semata-mata. As The Gods will mengisahkan pelajar-pelajar sekolah yang dipaksa menyertai game ‘Daruma-san Ga Koronda’ dengan mempertaruhkan nyawa mereka.

Semasa minggu pertama filem ini ditayangkan, ia berjaya merangkul box office dengan kutipan 1.5 juta USD dalam minggu pertama tayangan!

2. Joker Game (2012)

Kredit Foto : asianwiki.com

Filem ini juga berlatarbelakangkan game ngeri yang diadakan di sekolah.

Joker Game mengisahkan sekumpulan pelajar yang mentertai kem di sekolah dan diminta bermain card game ‘Old Maid’ sebagai permulaan.

Pelajar yang kalah juga akan disingkarkan hidup-hidup!

3. Kaiji : The Ultimate Gambler (2009)

Filem ini pula mengisahkan Kaiji yang merantau ke Tokyo dan banyak menghabiskan masanya berjudi.

Pada suatu hari, Kaiji tanpa sengaja telah merosakkan sebuah kereta milik pengutip hutang.

Sejak peristiwa itu, dia perlu join satu game untuk mengelakkan dirinya daripada jadi buruh paksa dan bagi melunaskan hutangnya.

Filem ini juga berjaya pecah panggung pada tahun 2009 dan dipuji atas unsur permainan psikologi dan teori permainan yang begitu mantap.

4. Battle Royale (2000)

Filem Battle Royale ini memang cukup popular dalam kalangan peminat genre filem game survival.

Filem ini juga boleh dikatakan sebagai pioneer dalam genre filem berkonsepkan game kalah mati sebelum munculnya filem-filem seperti Hunger Games, Maze Runner dan sebagainya.

Battle Royale mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang terpilih dan dibawa ke sebuah pulau tak berpenghuni.

Mereka diarahkan untuk saling berbunuhan sehingga tinggal seorang survivor dalam tempoh tiga hari.

5. Game Night

Kredit Foto : dreamstime.com

Sekumpulan kawan telah berkumpul pada satu hari untuk bermain game bertemakan murder mystery role play.

Siap ada 2 orang pencuri datang menculik salah seorang dari mereka untuk hidupkan lagi game.

Mula-mula ingatkan yang datang tu hanyalah pelakon upahan, rupa-rupanya mereka adalah pencuri sebenar menyebabkan mereka semua terjebak dalam misteri yang mempertaruhkan nyawa!

6. Fermat’s Room (2007)

Kredit Foto : filmaffinity.com

Filem Sepanyol ini pula berkisah tentang 4 orang ahli matematik yang dikumpul oleh game host bernama Fermat di dalam gudang terpencil dan diberi tugas untuk menyelesaikan masalah matematik yang rumit.

Sedang 4 orang peserta ini memerah otak mencari jawapan, mereka semakin cemas apabila dinding gudang semakin lama semakin sempit.

Dapatkah mereka keluar dari situ dengan selamat?

Kenalah tengok Fermat’s Room.

7. Circle (2015)

50 orang dari latar belakang berbeza dikumpulkan di dalam bilik gelap berbentuk kubah.

Individu yang bergerak keluar dari bulatan di bawah kaki masing-masing akan disingkirkan. Yang peliknya, walaupun tak bergerak, setiap 2 minit akan ada seorang mati.

Selepas itu, barulah mereka faham yang mereka perlu buat undian bagi menyingkirkan peserta.

8. Ready Or Not

Ready Or Not pula berkisah tentang seorang wanita yang baru berkahwin. Selepas majlis perkahwinan selesai, pengantin perempuan dipelawa untuk bermain game yang dikatakan tradisi buat keluarga belah lelaki.

Awalnya nampak macam permainan innocent, tapi selepas tu barulah pengantin perempuan sedar yang dia telah terjebak dalam ritual keluarga yang cukup mengerikan.

9. Escape Room (2019) & Escape Room : Tournament OF Champions (2021)

Bagi memenangi hadiah wang tunai, 6 peserta dari latar belakang berbeza menyertai Escape Room.

Mereka perlulah selesaikan semua teka-teki untuk mara ke bilik seterusnya.

Pertandingan yang mulanya kelihatan mengujakan berubah menjadi mimpi ngeri apabila mereka dapati setiap bilik direka sebagai tempat yang mempertaruhkan hidup dan mati mereka. Sequelnya juga baru direlease pada tahun ini!

10. Alice in Borderland (2020)

Kredit Foto : netflix.com

Selepas Squid Game hangat di Netflix, ramai yang recommend untuk tengok drama bersiri Alice in Borderland.

Drama yang diadaptasi dari manga ini mengisahkan Arisu dan rakan-rakannya yang dipaksa bertanding dalam pelbagai game.

Setiap game dan tahap kesusahannya akan ditentukan melalui kad permainan.

Drama ini dikatakan  mencemaskan dan lebih fast-paced daripada Squid Game. Dengar macam best kan?

11. Big Match

Kredit Foto : asianwiki.com

Filem ini pun ada pelakon Squid Game No. 456, Lee Jung Jae ! Big Match mengisahkan Choi Ik-Ho, yang kehilangan abangnya.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan daripada Ace, seorang mastermind genius yang mereka game berskala besar sebagai tempat pertaruhan wang orang-orang berada di Korea.

Bagi menyelamatkan nyawa dia dan abangnya, Ik-Ho terpaksa sertai game Ace dan ikuti arahan dari wanita misteri bernama Soo-kyung.

Berbanding filem game survival lain yang pesertanya dikumpul di suatu tempat, game Ace pula berlangsung dalam dunia sebenar dengan pengawasan CCTV dan tracker pada peserta.

12. The Werewolf Game : The Beast Side (2014)

Pernah main game Werewolf dengan kawan-kawan? Filem Jepun ini mengisahkan 10 pelajar yang dipaksa main Werewolf termasuklah Yuka.

Yuka yang memegang kad Werewolf perlulah menyingkirkan ‘citizen’ satu persatu untuk menang.

Nasib mereka bergantung kepada kebolehan mereka untuk manipulasi dan tipu peserta lain.

Sanggupkah mereka bunuh kawan mereka sendiri semata-mata untuk menang?

Jangan Lupa Save Senarai Ni Untuk Tontonan Nanti

Banyak juga rupanya filem dan drama bergenre sama seperti Squid Game. Yang mana satukah favorite anda?

Macam Squid Game, semua drama dan filem ini tidaklah sesuai ditonton untuk kanak-kanak kerana banyak aksi ngeri dan adegan pertumpahan darah!

Apa yang menjadikan genre ini begitu istimewa ialah ia turut mengajak penonton untuk sama-sama meneka kesudahan game dan nasib setiap karakter.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×