Deko & Hias

12 Barang Pencuci Dari Kedai RM 2 Yang Boleh Mudahkan Kerja Mak-Mak!

Rumah yang bersih dan berkilat adalah antara kriteria yang paling disukai oleh para ibu dan suri rumah. Tetapi, ramai yang beranggapan bahawa produk yang boleh menghapuskan segala kotoran degil ini hanyalah terdiri daripada produk yang mahal. Tidak sebenarnya. Antara rangkaian bahan pencuci yang anda boleh jumpa dapat bertindak mencuci kotoran dengan efektif adalah dari kedai serbaneka RM2 sahaja!

1.KITCHEN CLEANER

Sembur- sembur je kat dapur yang ada percikan minyak dan sebagainya confirm berkilau dapur.

2. PENCUCI PINGGAN

Giler best sabun cuci pinggan ni. Dah la berbuih banyak dan kotoran pun mudah tanggal.

3. PENCUCI TANGAN

Bau lavender of courselah wangi. Dah la 500ml dengan harga RM 2.

4.PENCUCI LANTAI

Saya mop lantai marble rumah pakai pencuci lantai RM 2 ni. Not bad. Lantai pun bersih dan licin je lepas kering.

5. BODY SHAMPOO

Tolong percaya mandian ni hanya RM2 dan baunya harum.

6. PEWANGI KERETA

Biasa beli rm10 kan? Sekarang beli kat eco jer hanya RM 2 ada macam-macam aroma. Saya beli ni bau rose.

7. PENCUCI LANTAI TANDAS

Ni power beb. Picit je dekat tandas yang berkerak kuning dan berlumut dan biarkan selama 10-15 minit . Lepas tu sembur je air…. tak perlu kudrat yang banyak nak menyental… kotoran tanggal dengan mudah sekali. Very recommended.

8. PEWANGI

Satu set ada 4 ketul. Letak lah kat mana korang suka. Ada 4 jenis bau.

10.

Sabun ni bau sedap weii. Cubalah beli. Stok tak banyak kat kedai eco.

11.

Serius best glass cleaner ni hanya spray pada permukaan cermin dan lap. Memang berkilau. Tak padan dengan harga RM2.

12.

Ini softlan pun rm2. Wangi.

Sumber : Maryam Salleh

Yang Popular

To Top