Hebahan

Duta 11street, Zizan Razak & Elizabeth Tan Berkongsi 11 Persamaan?

46
SHARES

Mungkin ramai yang mengenali Zizan Razak sebagai seorang pelakon, pelawak, dan penghibur, manakala Elizabeth Tan pula mula menempa nama sebagai selebriti Youtube sebelum bergelar penyanyi.

Tapi, tidak ramai yang mengetahui keperibadian mereka di sebalik dunia glamor, apatah lagi persamaan antara kedua-dua selebriti wajah baru 11street ini.

Jom ikuti apakah 11 persamaan antara Zizan, Elizabeth dan 11street Malaysia.

11street

#1: Anak Bongsu Dalam Keluarga

Ya, Zizan dan Elizabeth kedua-duanya adalah anak bongsu dalam keluarga mereka. Begitu juga dengan 11street Malaysia! Selepas kejayaan pertama 11street di Korea, mereka telah melebarkan sayap ke Turki pada 2013, kemudian Indonesia pada 2014, sebelum bertapak di Malaysia secara rasminya pada 11 April 2015.

#2 Peminat Filem

Zizan pernah berlakon dalam lebih 23 buah filem, seperti Cicak Man 3 dan Polis Evo. Elizabeth, yang lebih mesra dipanggil Lizzy, tidak ketinggalan melakonkan watak pertamanya dalam Menghonjang Makhluk Muzium di mana beliau membawakan watak ala Indiana Jones yang memburu drakula.

11street juga sukakan filem – dan anda boleh membeli tiket TGV melalui laman web mereka atau aplikasi telefon bimbit dengan harga istimewa!

#3 Gilakan Kucing

Zizan dan Lizzy memang gemarkan kucing! Lizzy berpendapat kucing adalah misteri dan sangat memerlukan belaian daripada manusia. Zizan pula masih bersedih atas pemergian Kelabu, kucing kesayangannya awal tahun ini.

Jika anda juga mempunyai minat yang sama terhadap kucing, 11street menyediakan pelbagai aksesori termasuk makanan, snek, atau permainan kucing!

#4 Muzik

Siapa tak tahu kebolehan Zizan yang petah mengatur perkataan dalam rapnya. Pernah terlibat dalam beberapa muzik video kolaborasi dengan Kaka seperti Infiniti Cinta dan Bawaku Pergi, duta jenama 11street ini gemarkan muzik rap. Dengan suara yang indah dan merdu, Lizzy pula memukau rakyat Malaysia dengan muzik soul yang bermula di Youtube dengan lebih 150,000 ‘subscribers’.

Tidak kiralah sama ada anda peminat rap atau soul, anda boleh mencara semua alatan untuk mempersembahkan bakat anda – daripada alat pendengar anti-bising, CD muzik, sehinggalah alat muzik  – semuanya ada di 11street!

Elizabeth Tan

#5 Alat Muzik

Jika anda rajin mengikuti perkembangan Elizabeth Tan di Youtube, tentu anda pernah melihat ukelele kesayangannya yang dimiliki sejak berusia 19 tahun. Ianya masih digunakan sehingga ke hari ini! Bagaimana dengan Zizan? Katanya, beliau suka menjadi sebuah tamborin! Pelik juga… Tapi kenapa ya? Menurut Zizan, walaupun tamborin jarang digunakan, tetapi ianya penting dalam lagu kerana berfungsi mengawal tempo serta menghidupkan keceriaan!

Hmm… Tak kiralah apa jenis alat muzik pun, ukelele, gitar, ‘keyboard’, (atau tamborin), anda boleh mendapatkannya melalui 11street.

#6 Burger

Sebagai penggemar makanan, Zizan menyenaraikan Burgerbyte sebagai salah satu makanan kesukaannya. Lizzy juga berkongsi minat yang sama terhadap burger. Baru-baru ini, beliau dikejutkan dengan Big Mike Burger – sebuah aiskrim yang berbentuk burger!

Walaupun sebuah portal ‘online’, 11street bersedia memenuhi semua yang anda idamkan dalam sebuah burger. Anda boleh mencari harga terendah bagi set burger, alat pembuat burger, pengisar daging, dan lebih lagi.

#7 Gemar Mengembara

Zizan pernah mengembara ke serata Eropah, tetapi apa yang membuatkan beliau paling merindukan Malaysia adalah apabila tandas di Paris tidak mempunyai bidet! Elizabeth pula telah menghabiskan kebanyakan masa pengajiannya di Texas, di mana beliau mula mengasah bakat nyanyian. Sebuah muzik videonya turut dirakamkan di Australia!

11street membawakan anda ke mana saja destinasi pilihan dalam harga mampu milik. Kami menawarkan pakej percutian ke tempat-tempat seperti Bangkok dan Shanghai dengan harga terendah.

#8 Hobi

Hobi Zizan ialah mengumpul kasut. Daripada jenama kegemarannya Supra, Vans, dan Nike, Zizan memiliki kasut yang cukup untuk ditukar pakai setiap hari dalam tahun ini! Elizabeth pula gemar mengumpul anak patung lembut atau ‘plush toys’. Kegemarannya ialah sebuah anak patung badak yang diberi nama Hyppo!

11street membantu anak mengumpul apa saja hobi, termasuklah item unik daripada Star Wars, Gundam, atau Drones.

#9 Vroom vroom

Kedua-dua mereka ini rupanya memang kaki ‘racing’ rupanya. Zizan mempunyai Mitsubishi Evo, dan teringin memiliki sebuah Lamborghini. Elizabeth pula suka memandu go-kart dan drift kart pada masa lapang.

Kereta atau motor, 11street ada aksesori yang anda perlukan. Malah, anda boleh membeli motosikal secara ‘online’! Canggih tak?

Zizan Razak

#10 Rancangan TV

Raja Lawak pernah menjadi salah satu rancangan realiti TV paling popular di Malaysia. Walaupun mendapat tempat kedua, Zizan berpeluang mengacarakan rancangan tersebut buah 5 tahun berturut-turut! Seperti ramai lagi rakyat Malaysia, Lizzy gemarkan drama Korea, terutamanya Running Man.

11street menyediakan platform untuk anda menonton rancangan TV secara online melalui ‘TV box’. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai rancangan TV kesukaan anda seperti The Flash, The Office dan Running Man.

#11 Merasmikan Ulangtahun Pertama 11street

Pelbagai aktiviti menarik serta banyak hadiah dapat dimenangi! 5 peminat bertuah berpeluang bertemu Zizan dan Elizabeth secara dekat.

Dengan berbelanja minimum RM11 menggunakan aplikasi telefon bimbit 11street, pemenang pertandingan “Fly High LIKE A STAR with 11street” akan diraikan dengan helikopter sebelum menaiki limosin untuk makan malam bersama Zizan dan Elizabeth Tan!

Jangan lepaskan peluang untuk makan malam istimewa ini!

Untuk maklumat lanjut, lawati www.11street.my atau laman FB page mereka www.facebook.com/11street.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×