Hebahan

11street Tawarkan Kit Kat Perisa Malaysia Bersempena Hari Malaysia

1
SHARES

Bersempena dengan Hari Malaysia, peminat coklat boleh pre-order empat edisi istimewa 4-jari Kit Kat, secara eksklusif di 11street bermula 16 September dan penghantaran akan bermula dari 22 September.

kit-kat-banana-nut kit-kat-cafe-latte kit-kat-king-of-fruits kit-kat-orange-pineapple

Bagi memulakan proses pre-order tersebut, 11street mengeluarkan empat perisa edisi khas – ‘Raja Buah’, ‘Oren dan Nenas’, ‘Café Latte dengan Biskut dan Krim’, dan ‘Karamel Kacang Pisang’.

“11street berbangga menjadi satu-satunya platform e-dagang di Malaysia yang menawarkan tawaran Kit Kat, di mana perisa baru ini dicipta khas untuk pasaran Malaysia. Di samping empat ‘Perisa Pilihan Bulanan’, kami akan menampilkan satu perisa baru setiap bulan, jadi sentiasa semak 11street untuk perkembangan terkini!” ujar Bruce Lim, Timbalan Presiden Perdagangan 11street.

6j6a5107

“Kami berbesar hati mempunyai 11street bagi menyebarkan kebaikan Kit Kat kepada semua pembelinya. Ia merupakan sasaran kami bagi mencapai seberapa ramai peminat coklat, jadi kami berpuas hati dengan perkongsian dengan 11street, terus dari KitKat ke rumah mereka,” ujar Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Manis-Manisan, Nestlé Products Sdn Bhd.

Pembeli 11street yang memesan edisi khas Kit Kat perlu memberi sekurang-kurangnya satu hari untuk Kit Kat menyediakan pesanan mereka. Mereka perlu menyatakan tarikh penghantaran yang dikehendaki. Setakat ini, penghantaran hanya untuk pengguna di Lembah Klang.

logo_nestle_kitkatchocolatory_baseline_neg_rvb

Mengenai 11street (www.11street.my)

11street merupakan pasaran dalam talian yang menawarkan pelbagai produk pada harga berpatutan. 11street mempunyai pelbagai pilihan kategori produk dari Fesyen, Elektronik, Barangan Runcit, Kesihatan & Kecantikan, Bayi & Kanak-Kanak, Sukan, Rumah dan Buku termasuk tawaran seperti E-baucar.

Mengenai Nestlé Kit Kat

Dicipta pada tahun 1935, KitKat menjadi sebahagian daripada produk manisan Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi salah sebuah daripada jenama terkenal Nestlé. Dinikmati oleh semua, ia merupakan jenama coklat No.1 Malaysia, dan dieksport ke 11 negara di Asia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×