Famili

11 Barang Kesihatan Yang Wajib Ada Dalam ‘Medicine Box’ Anak

1.3K
SHARES

Barang yang paling penting bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil sudah semestinya MEDICINE BOX yang dipenuhi dengan segala keperluan mereka. Tapi, produk apakah yang bagus untuk anak kecil kita ni kan? Jom kita tengok senarai barang yang dikongsikan oleh ibu ini supaya anda pun boleh standby bila kemana sahaja.

BOX UBAT KEPERLUAN ANAK

Sejak jadi mama ni macam dah jadi benda wajib untuk ada box mini untuk isi segala ubat dan keperluan lain anak. Nad rasa macam nak share sikit benda basic yang ada dalam box mini Umar Naufal. Box ni Nad usung pi mana-mana, sebagai langkah berjaga2. Since Umar Naufal baru 4 bulan, so tak banyak sangat lah yang ada. Mungkin masa akan datang isi dalam box mini ni akan bertambah seiring umur Umar Naufal.

1. Minyak Telon Bebiku

Minyak telon Bebiku ni best. Memang mengentut saja la dak Umar ni. Setiap kali lepas mandi, Nad sapu kat perut, dada, belakang dan tapak kaki si kecik. Alhamdulillah. Baby nampak selesa. Ni saiz kecil, senang bawa travel.

2. Garli Baby Balm

Haaa yang ni bagus Garli Baby Balm. Ada sekali tu Umar Naufal kena selsema dan ada batuk sikit2. Nad sapu dekat dada n batang hidung. Nampak la perubahan. Kena rajin bubuh GBB ni. Pernah buat garlic oil, tapi malang asyik tumpah di tendang dek Umar ni. Sebab tu pilih GBB, tak tumpah mudah di bawa kemana2.

3. Sterimar Nasal Hygiene

Sterimar ni bagus untuk selsema yang agak teruk. Dinasihatkan untuk dapatkan nasihat doktor atau pharmacist anda sebelum pakai.

4. Sleep Time by Tasneem Naturel

Sleep time by Tasneem Naturel ni bagus untuk bayi atau kanak-kanak yang susah nak tidur. Nad guna bila Umar susah nak tidur. Biasa lah baby, ada masa-masa tertentu dia susah nak tidur walaupun dah penat didodoi dipopok. Macam Nad sapu di bahu baju Umar sebelum tidur. Alhamdulillah lena dia tidur.

P/s: Cara yg direkemen untuk guna, sapu di batang hidung, belakang badan, dan tapak kaki.

5. Termometer

Termometer digital ni ada 3 jenis bacaan suhu. Untuk cek suhu badan, suhu bilik dan suhu susu botol.Tapi Nad lebih kepada nak cek suhu badan Umar. Untuk cek suhu badan ada 3 warna, kalau normal akan berwarna hijau, kalau di tahap berjaga2 warna oren, kalau di tahap merbahaya termometer ni akan berwarna merah. Sangat bagus untuk yang ada anak kecik macam Nad. Nad beli di farmasi dan agak pricy. Rasanya ada jual di shoppee. Lebih murah.

6. Gel aloe vera

Gel aloe vera ni Nad guna sapu di dahi Umar kalau tiba2 badan dia nak dedor2 nak demam. Suhu memang cepat turun pakai gel aloe vera ni.

7. HFMD Flu Spray

Memandangkan sekarang musim tgh hot dgn HFMD, lalu Nad pun beli benda ni untuk pencegahan awal. Andai kata nak keluar rumah, Nad akan spray di bahagian seluar Umar. Maklumlah Umar tengah syok hisap tangan n baju sekarang ni. Kang nak elak HFMD, jadi benda lain pulak kalau Umar terhisap. Hati-hati semasa spray ok. Boleh dapatkan di gurdian. Sangat limited benda alah ni.

P/s: Spray dekat pakaian sebelum pakaikan pakaian tu dekat anak ye.

8. Pengetip kuku, pencuci lidah dan gusi bayi

9. Sudocream

Sudocream ni elok untuk rashes di pelipat2 badan bayi yang selalu naik merah2. Apa2 pun sebelum sapu make sure pelipat2 badan tu betul2 kering. Kalau tak, lambat lagi la nak baik.

10. Foban Hydro Cream

Ubat ni Nad pakai masa belakang telinga Umar tengah merah dan berair. Umar dah nangis2 sebab pedih. Pakai sudocream pun tak jalan. Last sekali try yang ni. Alhamdulillah sekali sapu hilang merah2 yg berair tu. Menurut pharmacist, ubat ni tak boleh pakai selalu pakai. Once merah hilang, kena herhenti terus.

P/s: Sila dapatkan nasihat doktor dan pharmacist anda sebelum pakai. Nad sekadar share. Mungkin ok untuk Umar, tapi belum tentu orang lain ya. Dilarang sapu di pelipat celah kangkang.

11. Mosi-Guard (elak nyamuk)

Mosi-guard. Nad beli untuk elak dari nyamuk jika pergi ke tempat2 yang nyamuk banyak. Mula2 ada juga nak beli yang mosquito patches tu. Tapi pharmacist tu cakap, patches tu sesuai untuk yang setahun ke atas. Sebab bau dia agak kuat kalau lekat kat baju bayi. Jadi kurang selamat. Macam mana Nad guna, sembur kat bucu katil, tunggu bau dia hilang, boleh tidur dah. Bau dia macam ala2 serai wangi gitu.

Sumber : Nadiah Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×