Asuh

10 Perkembangan Mental Bayi Pada Usia 0-2 Tahun Yang Mak Ayah Kena Alert!

741
SHARES

Bila dah ada anak kecil di dalam rumah, bukan sahaja dari segi pemakanan yang perlu dipantau oleh ibu dan ayah malah perkembangan mental juga amat penting. Sepanjang usia bayi selepas lahir hingga umur 2 tahun, terdapat 10 perkembangan mental yang perlu dipantau seperti anak dah pandai senyum bila tengok orang dan pandai menghisap jari.

10 Perkembangan Mental Bayi Pada Usia 0- 2 Tahun

Semua anak alami 10X perkembangan otak atau di sebut ‘LEAP’ dari usia 0- sekitar 2 tahun. 10 Leap akan terjadi pada tarikh – tarikh berikut (yang mewakili usia bayi) dengan *julat beza sekitar 1-3 minggu* sahaja bagi setiap anak:

1. 5 minggu: Dunia Perubahan Sensasi

Anak ibarat baru tersedar dia telah bertukar dunia. Ini sebabnya ramai ibu berkata anak berubah jadi ‘sukar’ selepas habis tempoh pantang!

2. 8 minggu: Dunia Corak & Bentuk

Anak baru nampak dan sedar dengan kehadiran pelbagai corak, tekstur dan bentuk di sekeliling dan di dalam/pada badannya. Anak mula suka ‘tenung dan kaji jari’ nya misalnya.

3. 12 minggu: Dunia Perubahan Lancar

Anak mula faham dan nampak sebarang pergerakan ringkas yang berlaku di sekeliling dan di dalam badannya. Ramai anak mula hisap jari dan suka main tarik-tarik puting.

4. 19 minggu: Dunia Kejadian

Anak mula ‘explore’ konsep ‘apa akan jadi seterusnya’?. Misalnya bola getah yang jatuh akan melantun naik.

5. 26 minggu: Dunia Hubungan

Inilah usia kemuncak anak menjerit kalau kena tinggal walau sekejap dan dekat !

7. 37 minggu: Dunia Kategori

Usia anak paling pandai buat sepah…dan mula pandai manipulasi, suka buat drama. Ibu jaga-jaga.

8.  46 minggu: Dunia Turutan

Aik? Tiba-tiba anak pandai menyusun dan mengemas di usia ini?

9.  55 minggu: Dunia Program

Anak mula suka buat projek senyap-senyap. Kalau anak senyap dan hilang tu, pasti ada lah kerja nya!. Misalnya, aih? Tiba-tiba dia muncul dengan gincu ibu penuh di mukanya.

10. 64 minggu: Dunia Prinsip

Usia emas untuk ibu mula buat peraturan. NO, anak bukan lagi baby kecil yang jika buat silap boleh dibiarkan atas alasan ‘dia kan budak lagi..’

11. 75 minggu: Dunia Sistem

Anak akhirnya lengkapkan acuan pertama untuk ‘jadi manusia bagaimana’. Ya, BUKAN SEMUA ANAK 2 TAHUN KENA JADI NAKAL. ANAK BOLEH PILIH UNTUK JADI ‘GOOD’ & ‘NICE’ DI USIA INI JIKA ASAS ACUAN NYA ELOK!

Beza leap dengan growth spurt?

1. Leap adalah perkembangan mental manakala growth spurt adalah perkembangan fizikal ( ketinggian, berat, saiz dan skil motor)

2. Usia kejadian growth spurt JULATNYA SANGAT BESAR kerana setiap anak berkembang pada kadar mereka. Misalnya, anak A yang lahir pada tarikh sama dengan anak B boleh berjalan pada usia 10 bulan sedangkan anak B boleh berjalan pada 16 bulan. Besar bukan jaraknya? Kenapa?

– Mungkin anak A adalah bayi atlet yang lasak. Lalu anak A gemar meneroka dan mengasah skil fizikalnya lebih kerap berbanding anak B yang merupakan seorang bayi ‘saintis’ iaitu bayi yang banyak habiskan masa mengkaji dan meneliti objek di sekeliling. Senang cerita anak A tak boleh duduk diam manakala anak B lebih suka duduk setempat kerana sibuk mengkaji.

Atau

– Anak B juga sebenarnya bayi atlet namun mempunyai sedikit halangan fizikal seperti berbadan lebih tembam yang menyukarkannya jadi sama lasak untuk berlatih jalan seperti anak A.

Usia kejadian leap pula JULATNYA KECIL antara anak kerana otak bayi normal berkembang pada usia yang sama dengan kapasiti yang serupa *cuma hanya beza input pengalaman dari respon ibubapa sahaja*

Setiap anak AKAN BERLATIH MENGUASAI BIDANG KEGEMARANNYA DAHULU SEBELUM BERALIH KE BIDANG LAIN.

Usia Leap berdasarkan tarikh lahir atau tarikh jangka lahir?

Kesemua 10 leap yang saya senaraikan adalah BERDASARKAN TARIKH JANGKA LAHIR (edd) yang di beri doktor semasa pertama kali anda di sahkan hamil dahulu.

Mengapa?

-Otak manusia berkembang sejak dalam kandungan dan berterusan hingga selepas di lahirkan. Maka sebab itu, tarikh jangka lahir bayi di guna pakai dalam kiraan leap kerana tarikh itu di anggarkan oleh doktor sejak hari anak di senyawakan. Namun ingat, kerana doktor manusia biasa yang hanya ‘menganggar’, maka itulah punca sedikit julat dalam usia leap.

 Fasa Leap

Jika simptom growth spurt lebih jelas, iaitu bayi meninggi, mula nampak keluar gigi, mula cuba-cuba bergolek untuk meniarap…simptom leap apa pula?  3C :

1. Crying (banyak menangis)
2. Cranky (bad mood, serba tak kena)
3. Clingy (kerap nak berdukung, berdekatan dengan ibu)

Fasa 1: di cirikan dengan 3C
Fasa 2: bayi kurang sedikit 3C. Lebih terkawal.
Fasa 3: bayi selesai leap. Bayi kembali seperti dahulu.

USIA 10 LEAP yang di senaraikan ADALAH PADA FASA 2.

Maksudnya: Bila ibu mula nampak anak tiba-tiba berubah perangai jadi 3C, maka ibu akan dapat lihat , tak lama lagi anak akan mula tunjuk skil-skil dan sikap baru yang di kita bincangkan bagi setiap leap. Maka, dengan ini, ibu akan lebih bersedia untuk membantu bayi dengan aktiviti dan ‘game’ yang akan mempercepatkan bayi menguasai leap tersebut. Hasilnya, lebih cepat bayi move on dari fasa 3C!

Nota tambahan:

– Membesar (leap dan growth spurt) sangat sukar bagi bayi. Ia ibarat bayi bangun 10x di planet yang berbeza sepanjang 2 tahun ini. Jika ia terjadi kepada anda, tidakkah anda juga panik dan resah?

Ketika dunia sekeliling di rasakan berubah, hanya ibuayah yang kekal serupa. Maka sebab itu pada fasa leap 1 (3C) anak ingin melekat saja pada ibu. Hanya ibu yang dia percaya.

– Bayi yang sedia ada isu tidur, seperti tak lena, ‘bad habit tidur’, jam tidur yang kelam-kabut akan jadi 2x susah semasa leap. Malah, bila selesai leap juga dia masih sukar di uruskan kerana poor sleep = bad mood. Maka, ibu akan rasa anaknya ‘sentiasa 3C’, setiap masa sejak dulu. Itulah pentingnya ibu belajar tentang bab tidur anak.

Sumber : Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×