Famili

10 Lokasi Kafe ‘Kids Friendly’ Sekitar Kuala Lumpur, Ibu Bapa & Anak Boleh Enjoy!

1.3K
SHARES
kafe kanak-kanak

Musim cuti sekolah bakal tiba, pastinya ibu bapa sudah memikirkan beberapa lokasi yang sesuai untuk beriadah seisi keluarga kan? Tidak semestinya perlu melancong ke luar negara, mempunyai aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu pun sebenarnya sudah memadai untuk menguatkan bonding antara anak dan ibu bapa. Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, tak perlu merantau ke luar negeri, anda boleh bawa anak-anak ke kafe yang memang ‘kids friendly‘ ini. Bukan anak-anak saja yang gembira, mak ayah pun boleh makan dengan tenang.

1. BLOKKE, CITTA MALL

Kafe ini mengambil inspirasi dari lego dimana kita dapat melihat pelbagai warna daripada dekorasinya. Dibuka pada pukul 10 pagi-10 malam pada hujung minggu, dan pukul 9 pagi -9 malam pada hari biasa.

2. WEANING TOTS, MYTOWN SHOPPING CENTRE

Terletak di tingkat dua bangunan MyTown Shopping Centre, ia merupakan kafe yang digabungkan bersama taman permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, menu makanan yang ada di sini juga lebih tertumpu kepada makanan yang lebih sihat.

3. BUCKET B CAFE, IPC SHOPPING CENTRE

Kafe ini dimiliki oleh seorang ibu yang ternyata mahu memberikan kepuasan yang sama buat para ibu bapa untuk melihat anak-anak bergembira. Bukan itu sahaja, terdapat juga satu kawasan yang bernama ‘Craft Area’ dimana anak-anak boleh menunjukkan kreativiti mereka.

4. YELLOW BRICK ROAD, BATAI VILLAGE DAMANSARA HEIGHTS

Kalau nak tahu, Yellow Brick merupakan kafe kopi pada asalnya. Jika anda mahu ke bahagian kanak-kanak ini anda perlulah naik ke kawasan atas dimana anda akan terpukau dengan dekorasi kawasan permainan anak-anak. Waktu perniagaan adalah pukul 9 pagi- 10 malam.

5. GOOD FRIENDS CAFE, SUBANG JAYA JALAN SS15

Sesuai dengan namanya, kafe ini merupakan antara tempat yang sesuai untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, anda boleh membuat permintaan khas untuk makanan anda dimasak secara asing tanpa kandungan MSG. Di kawasan bermain pun turut disertakan dengan bahan bacaan.

6. SLAPPY CAKES, SUNWAY PYRAMID

Pernah mendapat liputan meluas, kafe ini pasti menarik perhatian anda. Anak-anak pasti akan suka apabila diberi peluang untuk DIY sendiri pancake mengikut kreativiti. Nak pilih perasa mengikut kegemaran anak-anak pun boleh!

7. O’COFFEE CLUB PARKSON, PAVILLION KL

Nampak macam kafe kopi biasa tetapi sebenarnya kafe ini dapat menghubungkan anda dengan kawasan permainan anak-anak di dalam kawasan Parkson. Kalau nak biarkan si ayah dan anak-anak berehat di sini sambil si ibu membeli-belah pun merupakan idea yang menarik.

8. WONDERMILK, PUBLIKA

Mungkin jenama Wondermilk tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang. Mempunyai rangkaian juadah pencuci mulut yang manis dan comel pastinya akan membuatkan anak-anak terpukau. Kalau nak ‘take away’ pun boleh.

9. NORITER, 1 MONT KIARA MALL

Bukan sahaja menjadi pilihan bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekitar umur 4 tahun dan ke bawah, Noriter menjanjikan kelainan dari segi menu yang ditampilkan. Apa yang menariknya, anda juga boleh mendapatkan makanan ala-ala Korea untuk anak-anak supaya dapat bereksperimen dengan deria rasa mereka.

10. MARMALADE, BANGSAR VILLAGE

Terletak di tingkat satu Bangsar Village Mall, pengalaman bersama anak-anak di kafe Marmalade pastinya tidak akan mengecewakan. Menyediakan kawasan bermain untuk anak kecil dengan keluasan yang selesa, Marmalade juga turut menyajikan makanan sihat dalam portion yang sesuai untuk kanak-kanak.

*Jom bawa anak-anak!

Sumber : Kuala Lumpur Kids

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×