Sihat

10 Fakta Menarik Tentang Kentut! No 5 Macam Tak Sangka Pulak!

166
SHARES

Kentut. Bila cakap soal kentut saja mesti ramai yang tak suka, cakap busuklah, tak ada adab lah bila kentut dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda semua, kentut datang dari dalam usus. Didalam usus terdapat gas yang berasal dari udara dan oksigen yang kita hirup atau telan. Jadi, kalau banyak bakteria yang tidak baik didalam usus, makin berbaulah kentut anda tu. Tapi, janganlah pula anda menganggap kentut itu satu perbuatan yang jijik kerana ia adalah bagus untuk kesihatan tau. Kenapa kentut baik untuk kesihatan? Jom kita baca perbualan seorang ibu dan anak ini dan 10 fakta menarik mengenai kentut! Menarik!

giphy.com

Perbualan antara Haikal dan ibunya

Haikal: Mama, tadi Haikal terkentut tapi takde bau.

Me: So?

Haikal: Haikal hairan lah. Kadang-kadang kentut ada bau, kadang-kadang takde bau.

Me: Bagus la takde bau. Ke Haikal suka yang ada bau?

Haikal: Haikal suka yang ada bau.

Me: Erkk kenapa pulak?

Haikal: Sebab bau dia boleh tukar-tukar. Kejap bau bawang, kejap bau telur, kejap bau roti. Baru lah best.

Me: Ok dah. Taknak la cakap pasal ni.

Haikal: Kenapa pulak?

Me: Sebab kentut kan dirty. Taknak lah.

Haikal: Mana ada dirty? Dia kan bunyi je.

Me:  *Diam beberapa saat*

Haikal: Mama, kenapa kadang-kadang kita boleh tahan kentut, dan kadang-kadang dia terkeluar sendiri?

Me: Aduuu.. Soalan apa ni?

Haikal: Haikal cuma terfikir. Mama tahu kenapa?

Me: Mama tak tahu la pasal kentut-kentut ni. Nanti tanya papa k.

Haikal: Haa ok ok. Sebab papa selalu kentut.

Me: Luls.

*Diam lagi beberapa saat*

Haikal: Tapi kan, kadang-kadang kentut Haikal bunyi macam senjata.

Me: Aduuu tak habis-habis lagi ke? Senjata apa pulakkkkk

Haikal: Bunyi macam machine gun. Bunyi macam snoring atok pun pernah.

Me: Okay dah, enough. Kita cakap pasal benda lain pulak ye. Umm..malam ni kita ajak papa jalan-jalan nak? Kita cari durian.

Nak?

Haikal: Yeayyy nak nak! Nanti mesti lepas tu kentut Haikal bau durian.

Me: Eeeeeeii

A few hours later, hati saya masih tak tenang sebab soalan-soalan pelik Haikal tadi masih bermain-main dalam fikiran. Yes, tentang kentut. Dan tetiba saya terfikir, why don’t I do some readings on that. Mana lah tahu dapat jumpa jawapan kepada persoalan Haikal tu. Dan boleh jadi knowledge baru untuk diri sendiri jugak. So i googled everything about kentut. Mula-mula rasa macam omggg gross gila apa benda aku baca niii. Tapi after reading some research-based articles, saya jumpa beberapa mind-blowing facts tentang this amazing gas we call kentut! Terus excited nak share dengan korang semua.

10 FAKTA KENTUT!

healthandlovepage.com

These are the 10 facts about farts atau flatulence atau orang kita panggil kentut

1) Hanya 1% je daripada gas kentut yang dikeluarkan, yang mempunyai bau busuk. 99% yang selebihnya adalah odourless! 1% tersebut adalah sulfurous. Cis, kongasam kau sulfurous!

2) Secara purata, manusia normal akan kentut 14 kali sehari. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

http://www.bathroomreader.com/

3) Pengambilan makanan yang ber”angin” seperti cauliflower, kobis, kekacang, broccoli, dan gandum akan buat badan produce lebih banyak gas/kentut. Makanan yang mengandungi Fructose (sejenis gula dalam buah / susu) juga akan cause more gas. Itu yang sampai tahap kentut dalam setiap rakaat solat tapi taknak mengaku.

4) Daging, telur dan bawang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, menyebabkan kentut lebih berbau puaka daripada biasa.

philmaffetone.com

5) Kentut adalah bahan flammable atau mudah terbakar. So jangan kentut di tepi unggun api.

6) Eat smaller meals, stay calm, dan exercise frequently akan bantu badan dan minda mengawal pengeluaran kentut dengan lebih baik. Hiargh!

7) Kepelbagaian bunyi kentut adalah disebabkan oleh the amount of gas, the force at which it is expelled, and the tightness of the sphincter muscles (otot di saluran tersebut ).

8) Tahan kentut tak merbahayakan kesihatan, tapi boleh menyebabkan kekejangan dan tidak selesa pada perut.

9) Kaum wanita lebih sensitive tentang kentut di tempat awam, kerana kentut wanita sebenarnya mengandungi hydrogen sulfide yang lebih tinggi (lebih berbau), berbanding kentut lelaki.

videohive.net

10) Banyak research dijalankan untuk menghasilkan pills yang boleh convert bau kentut kepada bau coklat, rose dan berries. Omgggg nak!

Okay dah. Cukup sepuluh. Bagi lebih-lebih kang korang mengkaji kentut sendiri pulak. Sebab mind-blown sangat terus curiousity level increase. Sorry kalau topik hari ni agak gross dan buat anda rasa tak selesa. Tapi ia adalah sesuatu yang sangat related to our daily lives kan?

Kelakar kan bila persoalan-persoalan pelik yang diajukan oleh anak-anak, sebenarnya boleh membuka mata dan minda kita.
Selama 30 tahun hidup, tak pernah sekali tergerak hati untuk baca pasal kentut ok.

Semoga bermanfaat!

giphy.com

Sumber : Adlil Rajiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×