Rakyat

Senarai 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019 – KPKT

254
SHARES
bandar paling bahagia di malaysia 2019

Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac.

Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.

Ini adalah selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia.

Aspek kebahagiaan ini juga selaras dengan Doktrin Perancangan Sejagat yang diperkenalkan PLANMalaysia yang menjadi asas dan falsafah dalam pembangunan dan perancangan negara.

Pengiktirafan Kepada 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Selaras dengan sambutan tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia turut menyambutnya setiap tahun bermula tahun 2015.

Pada tahun ini merupakan tahun keenam PLANMalaysia menganjurkannya dan buat julung kalinya, pengiktirafan dan anugerah kepada 10 PBT Paling Bahagia di Malaysia turut diberikan.

PLANMalaysia telah mengenalpasti 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia melalui Indeks Kebahagiaan.

Bandar manakah yang diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia?

Ini 10 Bandar yang telah diumumkan oleh PLANMalaysia pada 1 Jun 2020, Isnin melalui Facebook PLANMalaysia.

SENARAI 10 BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019

(i) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah;
(ii) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu;
(iii) Majlis Bandaraya Seremban;
(iv) Majlis Perbandaran Kulai;
(v) Majlis Perbandaran Taiping;
(vi) Majlis Perbandaran Kuantan;
(vii) Majlis Perbandaran Bentong;
(viii) Majlis Perbandaran Jasin;
(ix) Majlis Daerah Yan; dan
(x) Majlis Daerah Jeli.

10 bandar oaling bahagia di malaysia 2019

Bagaimana Tahap Kebahagiaan Sesebuah Bandar Diukur?

INDEKS KEBAHAGIAAN merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Indeks kebahagiaan merupakan salah satu indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 komponen utama, antaranya:

(i) Tahap kehidupan dan kesihatan;
(ii) Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
(iii) Keseronokan bekerja;
(iv) Pengurusan kewangan;
(v) Hubungan dengan jiran;
(vi) Aktiviti bersama komuniti;
(vii) Keselamatan kawasan kediaman;
(viii) Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
(ix) Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
(x) Kualiti alam sekitar.

PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.

Indeks ini membantu PBT mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan bandar dan pentadbiran mereka. Hasil kajian membantu PBT menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada penduduk.

Jadi, adakah anda salah seorang penduduk di bandar di atas?

 

*Sumber: PLAN Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×