Famili

10 Tips Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut Setiap Pagi

56
SHARES
Urus Anak

10 Tip Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut

Dunia boleh jadi terbalik jika menguruskan anak lebih-lebih lagi di awal pagi. Sama ada seorang ibu itu bekerja mahu pun suri rumah, menguruskan anak tetap mencabar bagi seorang ibu. Tanpa persediaan dan perancangan yang baik, mana mungkin sebuah rumah dapat diuruskan dengan baik dan tersusun. Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut.

1. Siapkan barang pada malam sebelumnya

Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Ini dapat memastikan kita bangun dengan tenang tanpa perlu bergegas dan berpeluh menyiapkan segalanya di awal pagi.

Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. Bayangkan terkejar-kejar sehingga berpeluh, tentu sekali tidak selesa. Hal ini akan terbawa-bawa sehingga ke tempat kerja. Dan perkara ini berulang lagi setiap hari.

2. Bangun awal

Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu.

3. Sediakan jadual

Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar sahaja.

4. Tunggu anak tidur

Ambil peluang ketika anak sedang tidur atau anak sedang main, ketika mana mereka tidak menggangu tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap seperti melipat kain, sidai kain dan sebagainya. Sambil-sambil layan movie di Astro, sedar tidak sedar, sudah siap lipat satu bakul kain baju.

Cuba tips melipat baju seperti di bawah:

5. Sediakan menu

Pening memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak membuang masa memikirkannya. Kini sudah banyak menu yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Tampal di dinding untuk menu seminggu dan ini akan memudahkan kerja ibu. Ada ibu yang hanya beli roti putih Gardenia atau roti krim Delicia perasa coklat. Kononnya, mudah untuk anak makan setiap pagi.

Benar, niat itu memang murni, tidak mahu anak lapar. Sebaliknya, bayangkan dari segi psikologi anak pula. Walaupun anak tidak kata apa-apa, dalam hati mereka terdetik, “Asyik-asyik bagi roti krim ni. Dah muak laaa. Mama ni tak nak masak apa-apa ke untuk breakfast?”

6. Kerjasama suami

Tanpa bantuan ayah, ibu mungkin akan mudah rasa tertekan. Suami mesti peka dengan keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan tugasan menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan asyik biarkan isteri macam lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak cukup nafas bila perlu gosok baju anak sekolah, gosok baju sendiri dan gosok baju suami.

Jika suami tidak pandai gosok baju cantik-cantik, apa salahnya tolong basuh baju dan sidai baju? Kenapa mesti malu?

7. To-Do-List

Salah satu tip bagi mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat senarai untuk apa jua seperti barang yang perlu dibeli, atau senarai tugasan yang belum selesai. Tampal dengan magnet pada peti sejuk, senang mahu lihat dan agar tidak lupa.

8. Outsource

Jika ada sesuatu kerja yang ibu tidak mampu lakukan, berikan atau upah orang lain untuk melakukannya. Contohnya, potong rumput di belakang rumah, menggosok baju atau pun membersikan rumah. Ini sekali sekali dapat meringankan beban ibu. Jika tidak mampu kemas rumah dek kesibukan kerja pejabat seharian, boleh cari part-time maid yang boleh datang waktu malam atau hujung minggu. Ambil 2 orang maid sekaligus, selama 4 jam.

Suami pula, jangan elakkan diri dari buang sampah dalam tong sampah. Jangan buat-buat tidak tahu bila sampah menimbun, sampai isteri tarik muka!.

9. Gunakan teknologi terkini

Dengan teknologi yang semakin canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu tidak berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli barang secara on-line. Contohnya, jika berada di kawasan bandar, boleh cuba buat pesanan dengan Tesco Online. Mungkin ibu boleh cuba sekali sekala!

10. Didik anak ringan tulang

Ibu seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah anak agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti meletakkan baju kotor di dalam bakul baju atau menyangkut semula baju sekolah selepas pulang dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.

Perkara-perkara kecil boleh serahkan pada anak, seperti cuci bilik air. Walaupun mungkin akan cuci tidaklah sebersih mana, paling tidak dia tahu erti tanggungjawab.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×