Percutian

16 Tempat Menarik di Langkawi. Melancong, Makan & Shopping!

1.7K
SHARES
Tempat menarik di Langkawi

Sebut saja Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan? Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, di mana anda boleh dapatkan coklat, minyak wangi dan juga kereta pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Dengan adanya kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri memudahkan lagi perjalanan anda ke Pulau Langkawi. Walaupun anda sering ke sana, tapi tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi?

Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik sekitar Langkawi. Pastikan anda mengunjunginya sewaktu lawatan mahupun percutian akan datang.

1. Dataran Lang

Tempat menarik di Langkawi

Foto Kredit: travel2langkawi.wordpress.com

Pertama sekali bila anda tiba, sama ada melalui feri mahupun kapal terbang; pasti anda boleh nampak replika burung helang setinggi 12 meter di Dataran Lang yang menjadi simbol kemegahan Pulau Langkawi. Di sini juga terdapat air pancut dan panorama di Jeti Kuah yang memukau terutamanya pada waktu malam.

2. Kereta Kabel

Tidak sah melawat Pulau Langkawi tanpa menaiki kereta kabel. Ia akan membawa anda ke puncak Gunung Mat Cincang setinggi 708 meter dalam masa 15 minit sahaja.
Rasai kesejukan di atas puncak serta pemandangan nan menghijau sambil mengambil gambar di balai cerap.

3. Sky Bridge

Tempat menarik di Langkawi

Foto Kredit: geolocation.ws

Di penghujung kereta kabel pula, terdapat sebuah jambatan sepanjang 410 kaki yang sudah semestinya memerlukan keberanian dan stamina untuk menyeberanginya. Bukan mudah untuk semua orang, tetapi amat berbaloi untuk menyeberanginya sekali seumur hidup.

4. Underwater World

Jika anda peminat hidupan dasar laut, anda pasti teruja dengan Underwater World Langkawi. Terdapat lebih daripada 500 spesies hidupan laut dipamerkan di sini termasuk ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi.

5. Air Terjun Telaga Tujuh

Bagi penggemar alam semula jadi, pastikan anda mengunjungi Air Terjun Telaga Tujuh yang merupakan tempat terbaik untuk berkelah di Langkawi. Ia merupakan tujuh kolam yang terpisah oleh air terjun.

6. Air Hangat

Bagi mereka yang ingin berendam di dalam kolam air panas sambil bersantai, boleh lakukannya di sini. Air panas ini dikatakan boleh mengubat pelbagai penyakit.

7. Ladang Buah Naga

Pulau Langkawi turut terkenal dengan pokok buah naga yang ditanam di ladang seluas 3-hektar, tidak jauh dari Pekan Kuah.

8. Makam Mahsuri

Siapa yang tidak tahu akan Legenda Mahsuri dan sumpahannya? Di sinilah terletaknya tempat persemadian Mahsuri yang kekal terjaga kebersihannya dan dijaga rapi sehingga ke hari ini.

9. Bird Paradise

Penggemar burung pula boleh ke sini untuk melihat lebih daripada 2,500 jenis burung yang asyik berkicau sambil menantikan kehadiran pengunjung.

10. Taman Marin Pulau Payar

Jika anda gemarkan aktiviti snorkel atau menyelam, di sinilah pusat utamanya. Tetapi jika anda tidak mahu mengikuti aktiviti ini, disediakan sebuah observatori untuk anda melihat keindahan dasar laut dan hidupan di dalamnya.

11. Taman Buaya

Pernahkah melihat pertarungan tinju di antara manusia dan buaya? Ya, di sinilah tempat untuk anda menyaksikannya!

12. Island Hopping

Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah

Jika anda masih belum dikurniakan cahaya mata, bolehlah berkunjung ke Pulau Dayang Bunting dan mandi di dalam tasik tersebut. Aktiviti lain yang boleh dilakukan sewaktu Island Hopping adalah memberi makan burung helang, salah satu aktiviti yang ditawarkan dalam hampir kesemua pakej lawatan.

13. Taman Agro Mardi

Bagi yang ingin merasai keenakan buah-buahan yang ditanam di Mardi Langkawi, bolehlah singgah di sini. Dengan menaiki van yang disediakan, anda dibawa mengelilingi sambil melihat dan merasai lebih daripada 20 jenis buah-buahan secara percuma.

14. Telaga Harbour Park, Perdana Quay

Tarikan terbaru dan moden di Pulau Langkawi. Ia dipenuhi dengan butik, restoran, bar, spa, hotel dan anda boleh melihat pelbagai jenis dan reka bentuk kapal layar mewah yang berlabuh di marina.

15. Langkawi Wildlife Park

Anak-anak boleh memperlihatkan rasa sayang mereka dengan membelai arnab dan memberi makan kepada burung, landak dan keldai yang dijaga di sini.

16. Kilim Geoforest Park

Jangan lepaskan peluang menyusuri Sungai Kilim jika anda di Langkawi. Sepanjang perjalanan dalam bot, anda boleh melihat pelbagai spesies pokok bakau yang mencecah ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang melangkaui usia jutaan tahun. Anda juga boleh melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar.

 

Tempat shopping di Langkawi

Tempat menarik di Langkawi

Foto Kredit: golangkawi.com

Menurut cari.com.my, berikut adalah tempat cadangan untuk membeli barangan:

A) Coklat:

HIG, Idaman Suri, SAGA, Coco Valley, Pasaraya One Stop, The Zon

Daim rm14.90-15.90
Cadbury 250g rm8.90-9.90
Kacang Pistachios (400g) rm17
Nougat rm9.50
Ferrero rocher (30biji) rm 23.90
Coklat hershey’s 1 paket rm12.50, 3paket rm36
Choclairs 1 botol rm 12.90
Sotong gula (500g) rm18.90
Whittakers 3 paket rm16-22
Whittakers 250g rm9.90
Ritter sport 1pc rm4.50, 3pc rm12
Toggi mini rm9.50
Rafaello rm20.90

B) Pinggan/Periuk: HIG, Idaman Suri, Saga

C) Minyak Gamat : Kilang Gamat Nusantara, Beras terbakar (rm10-12 8botol), Makam mahsuri (rm8 15botol)

D) Kain batik, keychain: Beras Terbakar, kedai RAM (bangunan teo soon huat),

E) Fridge Magnet: cable car (3 rm10), makam mahsuri (1 rm6-8), pekan kuah (3 rm10), beras terbakar (3 rm10)

F) Minyak wangi: World of Perfume, Pekan Kuah

 

Tempat makan di Langkawi

Tempat menarik di Langkawi

Foto Kredit: cikviva.blogspot.my

Juga dari cari.com.my, berikut adalah tempat cadangan tempat makan sedap di Langkawi:

Laksa
– tepi airport
– jalan penarak
– jeti (kerusi hijau)
– beras terbakar (berhadapan sekolah)
– pantai kok
– taman dalam depan bangunan lada.

Pantai Cenang
– burger yang dijual di lori
– restoran Haji Ramli
– selera lubuk buaya (dekat dengan Aseana)
– restoran sambal tumbuk
– restoran hall in the wall
– restoran mangga 2
– boutique cafe (western food, agak mahal)
– restoran janggus
– restoran haji jelani

Pantai Tengah
– restoran mangga depan holiday villa

Padang Maksirat/Airport
– Jom Ikan Bakar
– Gulai Kawah
– Restoran D Pulau
– Restoran Patani

Kuah
– wan thai
– restoran bamboo
– fish farm restaurant
– EE burger
– stall belakang EE burger
– wonderland seafood
-kedai makan Nelayan

Ulu melaka / makam mahsuri

– restoran siti fatimah, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air,07000 Langkawi)
– HBL corner

Bonus Acara Tahunan

1. LIMA – Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition

Acara tahunan yang senantiasa dinanti-nantikan terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pertahanan. Mereka ini datang dari seluruh pelosok negara dan memperlihatkan kemajuan teknologi ketenteraan yang terkini.

Bagi pelancong macam kita pula, bolehlah menyaksikan pertunjukan udara yang menampilkan jet-jet canggih dan pertunjukan maritim, juga dapat memasuki ruangan dalaman kapal-kapal ternama dunia.

2. Le Tour De Langkawi

Acara basikal tahunan ini sebenarnya bukan saja melibatkan Langkawi, malah seluruh Semenanjung Malaysia. Meskipun hanya dapat menatap muka abang-abang berbasikal untuk beberapa saat saja, namun ia amat berharga. Maklumlah kayuhan mereka yang amat laju, pastinya dengan sekelip mata sahaja mereka dapat melintasi anda.

Akhir kata

Apa kata pada hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah ini, anda penuhi dengan percutian di dalam negara dan lawati tempat menarik di Langkawi seperti yang disarankan di atas. Pasti anda seisi keluarga akan bergembira dengan aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi, selain daripada membeli-belah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×