Didik

7 Tanda Ibu Bapa Yang ‘Overprotective’. Kini Makin Menjadi Trend

3.7K
SHARES
peranan ibu bapa

“Alamak, Anas tertinggal pulak buku sekolah dia. Kesiannya dia dah pulun buat homework malam tadi, tengok-tengok lupa nak bawak. Patut tak aku pergi singgah hantar kat sekolah dia kejap?”

Secara nalurinya, ibu bapa mempunyai kecenderungan untuk bertindak sebagai pelindung bagi anak-anak mereka. Namun, seringkali peranan ibu bapa adalah keterlaluan sehingga mereka sentiasa mahu menjadi penyelamat anak-anak dalam setiap keadaan. Sungguhpun anda dapat menghindarkan mereka daripada masalah, tapi ia akan memberi impak yang buruk kepada anak untuk jangka masa panjang.

Awas, trend helicopter parenting atau sifat terlalu melindungi (overprotective) ibu bapa kini semakin menular. Kita kini selalu terbaca tentang kes ibu bapa yang memarahi guru, sampai naik kes ke mahkamah. Kita juga dapat lihat fenomena di mana anak-anak ‘menghambakan’ kedua ibu bapa mereka kerana mereka tak pandai melakukan satu pun kerja rumah.

Jadi, cuba semak kalau anda ada 7 tanda ini.

7 Tanda Ibu Bapa Yang ‘Overprotective’. Kini Makin Menjadi Trend

Sungguhpun peranan ibu bapa dalam melindungi anak adalah penting, elakkan 7 tanda overparenting ini supaya anak lebih matang dan pandai berdikari.

1. Banyak Sangat Larangan

Tanda paling ketara dalam overparenting adalah tidak membenarkan anak membuat apa-apa yang sukar untuk diri mereka sendiri atau untuk membantu orang lain.

Masa anak kecil, mereka nak bermain di luar tak boleh, nak berlari tak boleh, nak main air tak boleh, nak memanjat tak boleh. Semuanya tak boleh sebab ibu bapa takut anak-anak cedera, takut anak jatuh, dan sebagainya.

Bila anak dah besar pula, mereka dilarang untuk naik kenderaan awam, tak boleh buat kerja part time, dan tak dibenarkan duduk di rumah sendiri. Bila asyik ditegah, mereka akan takut terhadap risiko, lebih mudah memberontak, dan cenderung tersilap langkah dalam membuat pilihan hidup.

2. Buatkan Kerja Sekolah Anak

Dengar macam kelakar, kan? Tapi sebenarnya memang ada ibu bapa yang membuatkan kerja sekolah anak – terutamanya projek-projek Kemahiran Hidup seperti kerja kayu, jahitan, lukisan dan sebagainya.

Perbuatan ini bukan saja menunjukkan contoh tidak baik kepada anak, malah ia boleh membuatkan anak tidak percaya diri. Cukuplah sekadar memantau mereka dan memberi panduan sekadarnya. Selebihnya, biar anak-anak cuba melakukannya sendiri.

3. Hantar Kerja Sekolah / Bekal Anak Yang Tertinggal

Risau memang risau bila anak tertinggal kerja sekolah atau bekal makanan. Sepanjang hari, mesti kita akan terfikir, bagaimanalah nasib anak di sekolah nanti. Bibir juga tak berhenti-henti berdoa sampailah ke petang.

Biarpun anak anda boleh menghadapi ‘masalah besar’ ketika di sekolah nanti, cubalah tahan diri daripada menghantarnya ke sekolah. Peristiwa ini akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada anak agar lebih berhati-hati.

Bagaimana Cara Mengatasi Anak Takut Ke Sekolah? Cuba 10 Tips Ini.

Foto Kredit: Utusan

4. Asyik SMS / Whatsapp Pada Cikgu

Sekarang, macam menjadi trend pula untuk ibu bapa mendapatkan nombor telefon cikgu dan kerapkali menghubungi mereka. Daripada usia taska sampailah Tingkatan 5, cikgu-cikgu sering dihubungi dan dihujani dengan pelbagai soalan yang tidak sepatutnya.

Nak pakai apa minggu ini? Nak bawa buku apa hari ini? Anak ok tak? Kenapa dapat markah rendah? Sedangkan semua ini sepatutnya diketahui oleh si anak sekiranya mereka memberi perhatian dalam kelas.

Foto Kredit: edtechreview.in

5. Terburu-buru Menolong Mereka

Siapa tak rimas tengok anak terkial-kial nak pakai baju sendiri, belajar menulis, mewarna, dan sebagainya. Anak baru merengek, kita terburu-buru datang menolong. Lebih-lebih lagi apabila kita tak punya banyak masa untuk menunggu mereka.

Alternatifnya mudah, tapi sampai bila? Biarkan mereka menyelesaikan masalahnya sendiri, dengan begitu mereka akan dapat merasakan manisnya kejayaan dan meningkatkan rasa percaya dirinya.

Foto Kredit: www.askdoctork.com

6. Tak Libatkan Mereka Dengan Kerja Rumah

“Alah, budak-budak tu kecik lagi. Biarlah aku buat sendiri, lagi cepat siap. Rumah pun tak berkecah.”

Kemahiran kendiri atau life skills sangat penting untuk masa depan mereka. Malah, kajian menunjukkan mereka yang diajar buat kerja rumah adalah lebih berjaya apabila dewasa – tidak kiralah dalam karier mahupun kehidupan.

Kalau kita tengok di Jepun, kebanyakan sekolah mereka tidak ada jawatan pencuci atau cleaner. Semuanya dibersihkan sendiri oleh anak-anak tersebut. Mentaliti ini patut kita terapkan pada anak sejak kecil. Awalnya memang susah, tapi ianya memang berbaloi.

berjaya dalam hidup

Foto Kredit: mifamiliamagazine.net

7. Lebih Banyak Bercakap Daripada Mendengar

Bila berlakunya sebarang masalah, ibu bapa yang overprotective akan mudah panik dan bercakap lebih banyak daripada apa yang sepatutnya. Tanpa disedari, mereka lupa untuk mendengar luahan si anak.

Lama-kelamaan, anak berasa biasa untuk memendamkan segala isi hati mereka. Mereka takut memberi pendapat sendiri. Bukan itu saja, anak-anak juga mungkin lebih selesa untuk menyembunyikan sebarang masalah kerana takut dimarahi dan tak mahu mendengar bebelan ibu bapa.

peranan ibu bapa

Foto Kredit: verywell.com

Anak Perlu ‘Belajar’ Untuk Susah

Kasihan memang kasihan. Ibu manalah yang sanggup tengok anak mereka susah. Kalau boleh, 1 ekor nyamuk pun tak mahu dibiarkan menggigit si anak.

Walau apa pun, berilah peluang untuk mereka ‘merasa’ kehidupan yang sukar. Kerana dalam dunia sebenar, bukan semuanya indah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×