Teknologi

11 Inovasi Pintar Untuk Kegunaan Harian Mama & Papa Moden. Senang Hidup!

197
SHARES

“Apa nak belikan hadiah untuk Anas yang baru dapat baby tu ya? Asyik bagi pakaian, bosan juga. Kalau boleh, nak carilah hadiah yang unik, tapi tetap praktikal.”

Sejak akhir-akhir ini, kita telah menyaksikan pelbagai inovasi dan gajet yang direka khas untuk membantu ibu bapa menguruskan bayi serta anak kecil.

Di sini kami senaraikan beberapa inovasi yang praktikal, berguna, dan mudah untuk anda mendapatkannya dalam pasaran Malaysia. Jom tengok-tengok manalah tahu kalau berkenan, boleh terus order.

11 Inovasi & Gajet Unik Untuk Ibu Bapa Moden

1. Puting Termometer 2-dalam-1

Demam adalah perkara yang biasa berlaku kepada bayi sebagai salah satu tindakbalas tubuh untuk melawan jangkitan. Bila bayi demam, ibu ayah memang kena selalu semak suhu badannya selain memastikan bayi kekal selesa.

Puting termometer 2-dalam-1 ini adalah inovasi yang sangat memudahkan ibu bapa yang perlu kerap mengambil suhu badan bayi. Bayangkan terutamanya ketika tidur malam, mesti kita tak mahu mengejutkan bayi dengan memeriksa telinga atau dahinya. Kalau guna puting ini, mudahlah!

GTE Baby Nipple Thermometer di Lazada Malaysia dengan harga RM19.90.

2. Baby Monitor / Camera

Bila bayi dah pandai meniarap, ada ibu-ibu yang tak berani tinggalkan bayi walaupun sekejap. Takut-takut kalau mereka terjaga dan membuat sebarang aksi merbahaya.

Dengan baby monitor / camera ini, ibu-ibu tentu dapat membuat kerja dengan lebih tenang kerana ia berfungsi merakam suasana tempat tidur bayi walaupun di dalam gelap melalui teknologi night vision. 

Wireless Digital LCD Audio Video Night Vision Baby Monitor Camera di Lazada Malaysia dengan harga RM152.46 atau iBaby Camera Monitor dengan harga RM729.28.

3. Penyepit Kuku Dengan Kanta Pembesar

Ingat lagi tak pengalaman pertama kali memotong kuku bayi? Rasa ngeri pun ada sebab jari-jemari mereka begitu halus dan lembut. Tapi kalau tak potong, takut juga kalau bayi mencakar muka dengan kukunya yang tajam.

Dengan penyepit kuku yang dilengkapi dengan kanta pembesar, kuku bayi akan dibesarkan sehingga 4 kali ganda untuk membantu anda melihat dengan lebih jelas. Jadi, tak perlu risau dan takut-takut lagi.

The First Year Deluxe Nail Clipper With Magnifier berada di Lazada Malaysia dengan harga RM46.00.

4. Botol Susu Panas Sendiri

Botol susu pertama di dunia ini berfungsi memanaskan sendiri susu yang diletakkan di dalamnya secara automatik pada suhu badan. Botol susu Iiamo Go ini menggunakan teknologi cartidge pakai buang yang mampu memanaskan susu atau apa-apa minuman dalam masa 4 minit.

Yang menariknya, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa tanpa perlu menghubungkannya pada sumber elektrik. Malah, susu akan kekal panas dalam masa 30 minit.

Iiamo Go Self-Warming Baby Bottle boleh didapati dengan harga RM 320.36 di Lazada Malaysia.

5. Pembancuh Susu Formula Automatik

Jangan ingat orang dewasa saja yang ada coffee-maker. Zaman sekarang ini, bayi pun ada pembancuh susu formula automatik ya!

Dengan hanya sekali tekan, Baby Brezza Formula Pro ini akan menyukat dan mencampurkan air bersama susu formula untuk mendapatkan suhu dan kepekatan susu yang ditetapkan – pengguna boleh membuat pilihan untuk 2, 4, 6, 8 or 10 oz.

Dalam beberapa saat, susu sudah tersedia dengan sempurna!

Baby Brezza Formula Pro boleh didapatkan di Lazada Malaysia dengan harga bermula RM869.00.

6. Katil / Kerusi Bayi Mudah Alih

FlyeBaby adalah tempat duduk fabrik mudah alih yang boleh digunakan di hampir mana-mana lokasi termasuklah di dalam kapal terbang, di restoran, atau di rumah.

Bila tangan rasa dah lenguh memangku mereka, gunakan saja alat ini dan anda juga boleh berinteraksi dengan bayi secara face-to-face. 

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai tempat duduk bayi serba guna yang boleh disesuaikan pada kebanyakan jenis kerusi kerana memiliki pemegang boleh laras.

FlyeBaby Portable Airplane And Chair Seat boleh didapati di Lazada Malaysia dengan harga RM179.oo.

7. Pemegang Botol Susu

Inovasi unik ini membenarkan ibu atau ayah meletakkan botol susu pada dada supaya kedua-dua tangan bebas melakukan apa-apa kerja.

Pemegang botol susu yang diperbuat daripada bahan bebas BPA ini dilengkapi dengan ciri flesibiliti yang memuatkan hampir apa saja jenis botol susu. Jadi lepas ini tak payah stres dan asyik tertumpah botol susu, lekatkan saja pada dada anda dengan selesa. Selepas menyusu, boleh terus sendawakan bayi dengan mudah. Disarankan juga untuk para bapa!

Neuvo Hands-Free Bottle Holder boleh didapati di Lazada Malaysia dengan harga RM59.00.

8. Keep-it-kleen Pacifier

Pening kepala kalau puting asyik terjatuh ke lantai, bukan? Satu hal pula nak pergi cuci dan lap. Nah, untuk penyelesaian mudah, gunakan puting RazBaby yang telah direka khusus bagi mengatasi masalah ini.

Puting ini akan tertutup secara automatik apabila ia terjatuh agar terhindar daripada sebarang kekotoran.

RazBaby Keep-it-kleen Pacifier boleh didapati di Lazada Malaysia dengan harga RM14.40.

9. Potty Trainer Boleh Laras

Melatih anak ke tandas bukan perkara yang mudah. Apatah lagi kerana tandas yang kita gunakan sekarang ini tidak disesuaikan untuk kegunaan anak kecil.

Potty trainer jenis ini dapat memudahkan anak kecil untuk menggunakan tandas sedia ada dengan mudah. Ia boleh dilaraskan mengikut ketinggian anak, tempat duduk kusyen yang selesa, serta direka dengan non-slip pad yang mengelakkan gelincir. Bila dah tak digunakan, ia boleh dilipat dan disimpan tanpa memakan ruang yang banyak.

Adjustable Potty Toilet Trainer ini boleh didapati di Lazada Malaysia dengan harga RM74.00.

10. Infantino Squeeze Station

Penyimpanan puree dan makanan bayi nampaknya lebih mudah dengan Infantino Squeeze Station. Apa yang uniknya, alat ini membantu ibu-ibu menyimpan makanan bayi yang dikisar di dalam beg makanan / pouch yang menjimatkan ruang. Selain mudah dibawa ke mana-mana, ia juga senang untuk dimakan terus tanpa perlu memindahkan ke dalam bekas menggunakan sudu yang boleh dipasang terus pada beg makanan tersebut..

Dengan inovasi ini, ia pasti akan menjadikan perjalanan anda lebih lancar. Bukan hanya untuk bayi, kini sesiapa saja boleh menikmati jus homemade yang asli dan sihat untuk dibawa ke sekolah atau pejabat.

Infantino Squeeze Station dijual dengan harga bermula RM219 dan Infantino Couple a Spoons boleh didapati dengan harga RM102.59 di Lazada Malaysia.

11. Pam Menyusu Willow

Dengan rekabentuk kompak, pam susu ini sama sekali tidak memerlukan sebarang wayar mahupun tiub. 100% hands-free. Memang tak perlu nak serabut lagi mencari ‘power plug’, tiada lagi proses menyambung / menuangnya ke dalam botol, dan sebagainya.

Malah, anda tidak memerlukan bra yang khusus untuk menggunakannya. Apabila dipam, susu badan akan terus masuk ke dalam beg susu yang terdapat dalam pam susu tersebut. Tak adalah masalah tumpah-tumpah lagi, kan?

Buat masa ini, Willow Breast Pump masih dihasilkan dalam unit yang terhad dengan harga $479.99 (sekitar RM 2032). Untuk menempah, anda perlu mengikuti program Beta di pautan http://shop.willowpump.com

Foto Kredit: willowpump.com

Juga Sesuai Dijadikan Hadiah!

Seronok juga melihat industri yang kian rancak dengan pelbagai rekaan inovasi yang semakin popular di kalangan ibu bapa. Walaupun bukan semua benda menjadi keperluan, namun secara tidak langsung ia boleh memudahkan kerja harian.

Selain itu, ia tentunya menjadi hadiah yang istimewa dan unik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×