Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Kirim Surat Untuk Tun M Tanya 5 Soalan, Tak Sangka Dibalas & Jawapan No.5 Tarik Perhatian!

SURAT BALASAN

Sorang pengguna Threads, Nurul, berkongsi mengenai surat balasan yang diterimanya daripada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas dia mengutuskan surat kepada bekas Perdana Menteri itu pada 9 September lalu.

Menurut Nurul, balasan berkenaan diterima pada hari ini dan di luar jangkaannya. Surat tersebut turut menjawab beberapa persoalan peribadi yang dikemukakannya kepada Tun Dr Mahathir.

Baca juga: “Diserang Lima Anjing Liar, Nur Haira Jalani Tiga Pembedahan… Mungkin Alami Cacat Kekal” – Bapa

TERIMA SURAT BALASAN DARIPADA TUN DR MAHATHIR

SURAT BALASAN

Antara persoalan yang diajukan adalah mengenai pengalaman hidup Tun Dr Mahathir sepanjang usia lebih 100 tahun, termasuk kenangan manis dan pahit yang dilalui.

Nurul turut bertanyakan cabaran terbesar yang pernah dihadapi Tun Dr Mahathir sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, dia ingin mengetahui perkara yang paling membimbangkan Tun Dr Mahathir sekiranya berlaku kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Soalan terakhir pula menyentuh nasihat Tun Dr Mahathir kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan generasi muda seperti dirinya.

Menerusi perkongsian itu, Nurul berharap jawapan dan pesanan yang diterimanya daripada Tun Dr Mahathir dapat dikongsi dengan lebih ramai rakyat Malaysia, terutama golongan muda.

SURAT BALASAN

Rakam penghargaan atas sumbangan Tun Dr Mahathir

Dia turut merakamkan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perjalanan Tun Dr Mahathir membangunkan negara.

Nurul turut menjelaskan bahawa surat tersebut telah dibalas oleh Tan Sri Badariah, selaku Ketua Setiausaha Sulit kepada Tun Dr Mahathir, pada 25 September 2026.

Lebih bermakna buat dirinya, Tun Dr Mahathir turut menurunkan tandatangan pada poster pada 17 September 2026.

Menurut Nurul, kedua-dua perkara tersebut berlaku beberapa hari sebelum pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah pada 28 September 2026, sekali gus menjadikan kenangan berkenaan lebih bermakna buat dirinya.

Nurul juga menitipkan doa agar Tun Dr Mahathir sentiasa diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut menyifatkan kesempatan menerima balasan surat daripada tokoh negara berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dan jarang berlaku.

Baca juga: Budak 9 Tahun Berjaya Hafal Al-Quran Dalam 4 Bulan, Rupanya Kaedah Pembelajaran Ini Jadi ‘Kunci’!

Sumber: Threads nrl_abrhm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×