Kalau anak-anak demam pasti menu masakan berkuah seperti sup ayam menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan buat melegakan rasa pahit di mulut anak. Walaupun penyediaannya mudah dan cepat tetapi sebenarnya padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh mereka.
Jom baca perkongsian Dr Mazliana Mazlan yang mengulas lebih lanjut tentang khasiat yang terdapat dalam setiap bahan-bahan sup ayam. Tak rugi kalau masak untuk anak, pasti mereka lebih sihat dan kuat…
Baca juga: 4 Tahap Didik Peribadi Anak Ikut Sunnah Rasulullah SAW
WALAUPUN HANYA SUP AYAM, RUPANYA BANYAK SEBENARNYA KHASIAT TERSEMBUNYI
Mudah sahaja sebenarnya nak sediakan makanan padat nutrisi untuk anak setiap hari. Walau hanya dengan sup ayam tak banyak bahan pun, ia mungkin boleh jadi satu menu lengkap untuk makan tengahari anak.
- Protein dari ayam.
- Serat dari carrot.
- Karbo dari kentang.
Cukup keperluan nutrisi anak walaupun tak ada nasi. Kalau anak tak sihat ke, tak lalu nak makan nasi ke, atau memang susah sangat anak nak makan nasi, korang buat sahaja sup ayam letak ubi kentang banyak-banyak.
Lenyek bagi anak makan sekali dengan sup, carrot dan ayam. Bukan dia tahu pun kentang tu sama je karbo macam nasi. Akan kenyangkan perut dia juga nanti.
Rempah ratus macam ni pun banyak khasiatnya.
Cari bebawang selain dari negara China ok
Bawang putih kaya dengan Vitamin B6. Pun boleh cuba cari selain dari negara China.
Halia tinggi antioksida juga tau.
Selalu kan kita letak carrot dalam sup. Kaya dengan Vitamin A dan beta carotene.
Anak taknak nasi, takyah paksa sangat ok. Bagi kentang sahaja dekat meraka.
Wajib letak kunyit dalam masakan kalau anak tak sihat tau.
Ayam yang saya selalubeli, tanpa hormon dan bebas antibiotik.
Penting untuk ibu ayah cari bahan nak buat sup ayam dari pilihan bahan yang lebih baik. Kita bukan nak bagi anak makan untuk kenyang saja kan. Kita nak anak dapat khasiat yang banyak dari makanan tu, kita jugak nak elakkan mudharat dari bahan yang kita guna.
Kalau anak sakit, saya suka betul masukkan banyak bebawang, halia, dan tambah jugak kunyit sekali masa masak sup ayam. Semua bahan ni boleh bantu kurangkan radang dan tingkatkan imuniti badan anak tau. Makin cepat anak sembuh, insyaAllah
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan