Famili

[VIDEO] Seronok Dapat Beg Idaman Sampai Menangis, Sikap Anak Sulung Ini Dipuji

2
SHARES

Tidak dinafikan kanak-kanak sememangnya suka dan gembira sekiranya menerima hadiah daripada ibu dan ayah. Mereka pasti akan menghargai pemberian tersebut dan menjaganya sebaiknya mungkin kerana sudah tahu erti pemberian.

Hal ini sama seperti video yang tular di media sosial memaparkan sikap kanak-kanak perempuan terharu sehingga mengalirkan air mata kerana menerima hadiah istimewa daripada bapanya.

Baca juga: [VIDEO] Tak Muat Tangan Mahu Dukung, Ayah Terpaksa Biar Anak Bersila Di Stesen Minyak

SERONOK DAPAT BEG IDAMAN SAMPAI MENANGIS

Perkongsian video tersebut dimuat naik oleh ibunya menerusi akaun TikTok. Jelasnya, ketika mereka di sebuah kedai serbaneka bersama si ayah, kanak-kanak itu bergitu teruja apabila melihat beg comel dan cantik itu.

“Cerita dua hari lepas, kakak dan papa pergi kedai DIY. Si kakak cakap, ‘Wah, cantiknya beg Pony ni. Tapi ada satu saja. Kalau orang lain beli habislah. ‘ Kakak ni kalau nak apa-apa dia cakap berkias macam tu saja,” ujarnya.

@nurshahirah93

Cerita 2hari lepas kakak dan papa pergi DIY..si kakak cakap dekat papa Wahhh cntikNya beg poney ni,tapi ade satu je kalo org lain beli habis la..kakak ni kalo nk ape2 dia ckp kias2 mcm tu je,papa saja je xbeli nk ajar anak xsemua bnda yg dia nak terus dapat..tggu masa sesuai insyallah papa belikan..Syukur sngt dapat anak sulung yg sngat memahami susah org tua..🤲🏻

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Tambahnya lagi, mereka mendidik anak bahawa bukan semua yang diingini patut dibeli atau dipenuhi. Si ayah berjanji akan membeli anaknya beg galas tersebut tetapi perlu menunggu masa yang sesuai.

“Papa sengaja tak beli sebab nak ajar anak tak semua benda dia nak terus dapat. Tunggu masa yang sesuai, in sya Allah papa belikan. Syukur sangat dapat anak sulung yang memahami susah orang tua,” luahnya di ruangan kapsyen.

“ANAK SULUNG & AIR MATA TAK DAPAT DIPISAHKAN…”

Video tersebut mendapat 1.7 juta tontonan dan selebriti popular, Fazura, meninggalkan komen terharu dan sebak melihat air mata si kecil itu.

Bukan itu sahaja, warganet turut membanjiri ruangan komen memuji sikap anak kecil itu dan memuji sikap seorang anak sulung yang bertanggungjawab serta mendengar kata ibu bapa.

Sumber: TikTok Nur Shahirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×