Famili

[VIDEO] Nak Tarik Duit Tapi Dengan Kek Sekali ‘Tercabut’, Surprise Tak Jadi!

1.3K
SHARES

Sambutan hari lahir atau hari jadi adalah satu acara yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan dalam kalangan kita untuk menyambut bagi memeriahkan lagi tarikh penting itu. Pelbagai juadah akan dihidangkan dan yang menjadi pilihan utama ialah kek. Tanpa sebiji kek pasti tidak akan meriah.

Seperti perkongsian seorang wanita di TikTok yang memaparkan kemeriah bercampur kekecohan apabila kek yang ditempah lain seperti yang disangka. Apa jadi ini?

Baca juga: [VIDEO] Ibu Terkejut Anak Keluarkan Kucing & Duduk Dalam Sangkar, Selamba Je!

NAK TARIK DUIT TAPI DENGAN KEK SEKALI ‘TERCABUT’

Menerusi perkongsian daripada @Hanahdieya itu, dia memilih kek tarik duit yang semakin trend ketika ini untuk sambutan ulang tahun kelahiran ayah tercinta. Namun lain pula yang jadi ketika mahu menarik wang dari dalam kek tersebut apabila kek tersebut sekali terangkat dan wang tidak dapat dikeluarkan. Allahu! Kesian pula.

“Akibat nak kek tarik duit, kek keras kekung. Happy birthday aki. Suprise tak jadi,”

Suasana meriah dan kelam kabut akibat terkejut dengan perkara tersebut berjaya membuatkan warganet turut terhibur melihatnya. Menurut wanita tersebut, penjual kek itu sangat baik dan mahu memberi refund sepenuhnya tetapi ditolak oleh wanita tersebut kerana kejadian tersebut tidak sengaja dan berharap agar baker boleh menambaik di masa hadapan.

“Seller sangat baik. Nak refund tapi kami tak apa, tak marah pun. Saje nak suka-suka happykan orang tua. Seller pun taknak jadi macam tu. Nanti dia improve skill,” luahnya.

LAWAK LA, KEK RENTAP BUKAN TARIK TU

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan dan 58.0K tanda suka. Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi mereka ketika cuba mengeluarkan wang daripada kek itu. Macam-macam ya, nasib baik kek masih boleh dimakan.

Sumber: TikTok Hanahdieya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×