Famili

Ulang Tahun TV3 Ke-40 Tampil Kolaborasi Dengan Tudung Ruffle, Lawanya!

2
SHARES
ULANG TAHUN TV3

Bersempena dengan Ulang Tahun TV3 ke-40, satu kolaborasi bersama jenama terkenal iaitu Tudung Ruffle. Kolaborasi kali kedua ini bercorakkan moden dan minimalis dengan harga berpatutan untuk semua.

Ini bertujuan untuk menambat semua peminat tudung bawal dan penonton TV3. Kolaborasi kali ini kami membawakan 2 jenis rekaan, iaitu rekaan pertama bermotifkan abstrak moden.

ULANG TAHUN TV3 KE-40, KOLABORASI DENGAN TUDUNG RUFFLE

ULANG TAHUN TV3

Corak kali ini sedikit berbeza dengan apa yang ada di pasaran kerana ia mempunyai elemen Sri Pentas bagi melambangkan kolaborasi yang unggul.

Bangunan Sri Pentas menjadi ikonik bagi rakyat Malaysia yang kerana sudah lama bertapak di Damansara Utama. “FILM strip” juga sebagai lambang rangkain TV3 telah melancarkan pelbagai rancangan menarik sepanjang 40 tahun ini.

Corak yang pertama ini mempunyai 3 warna kesemuanya yang diberi nama Azalea Storm, Lestary Rose dan Akasia Ink. Nama – nama tersebut juga dinamakan sempena beberapa nama slot drama di TV3.

Bagi corak yang ke-2, sebanyak 5 warna keseluruhanya iaitu, Zehra Almond, Samarinda Sand, Sakura Blush dan Iris Cloud. Bagi rekaan ke-2 ini, kami menyajikan corak bunga bunga yang kecil dan warna – warna lembut yang sesuai digayakan oleh lapisan peringkat umur tidak kira muda atau lebih berusia.

Sinonim dengan perayaan ulang tahun, element ribbon juga ditambah sebagai pemanis bagi melengkapkan corak kedua ini.

Material digunakan adalah premium cotton voile yang mudah dibentuk dan ringan, sekali lagi dapat memikat semua wanita diluar sana. Jenama Tudung Ruffle itu sendiri tidak asing lagi bagi jenama tudung bawal di Malaysia.

Koleksi edisi terhad ini boleh didapati di www.tudungruffle.com atau IOI Putrajaya dan TRX. Cepat dapatkan koleksi kolaberasi menarik kerana stok adalah terhad!

Baca juga: Semakan Keputusan UPU Lepasan SPM Diumumkan Pada 28 Jun 2024 Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×