Didik

Perlu Ke Beri Paracetamol Pada Anak Jika Demam Atau Biarkan Pulih Sendiri?

264
SHARES

“Alamak, badan anak dah panas sangat!” Setiap kali anak demam, ibu bapa seboleh-bolehnya biarkan suhu badan anak kebah dengan sendiri tanpa mengambil sebarang ubat. Jadi, doktor ini telah menjelaskan perlukah pengambilan ubat atau paracetamol bagi anak-anak ketika demam?

“Anak saya demam. Tapi saya tak bagi ubat panadol. Nak suruh dia lawan sendiri’ (panadol = paracetamol = ubat demam). Banyak kali dengar komen macam ni. It is a flawed concept, at least in my own personal opinion. Kenapa?

JANGKITAN KUMAN

1. Demam hanya simptom. Maknanya, satu tanda kepada masalah yang lain. Boleh jadi ada jangkitan kuman. Boleh jadi sebab ada bengkak/ inflammation kat mana-mana dalam tubuh. Ada banyak possibilities. So, apa yang paracetamol/ubat demam buat?

TIDAK MENYEBABKAN ANAK LEMAH

Ia hanya menurunkan suhu badan. (macam mana dia turunkan suhu tu, bukan tujuan post ini). Ia bukan ubat melawan kuman. Juga bukan menyebabkan bengkak tu surut. So, no such thing as ‘nak suruh anak saya lawan sendiri kuman tu’, sebabnya, memang dia SEDANG melawan sendiri kuman tu (kalau demam tu disebabkan oleh kuman).

Panadol tu TIDAK akan menyebabkan anak anda jadi lembik, tak pandai nak melawan kuman. Malah panadol itu tidak akan menyebabkan kuman jadi lemah.

2. Apa anda rasa kalau anda demam? Anda rasa saya ada masa untuk demam? (macam pernah dengar je). Admit je lah, kalau kita demam, serba tak kena. Sakit sendi, sakit urat, body rasa berat, semangat jadi rendah, kepala pusing dan segala macam rasa yang saya percaya, anda semua pernah rasakan. Kalau anda cikgu, anda rasa tak bersemangat nak mengajar. Kalau anda ada mesyuarat, anda tak dapat nak beri tumpuan, nak beri idea, or even nak catat minit mesyuarat. Kalau anda lawyer, anda tak boleh nak fokus dan berhujjah dengan efektif. Even hakim, ada yang postpone kes sebab demam. Saya sendiri, kalau demam, memang akan susah nak beri consultation dengan efektif.

So, bayangkan anak anda demam. Si cilik anda demam. Rasa serba tak kena. Dia akan merengek dan meragam. Kurang aktif & tak ada selera nak makan. Dan anda boleh kata: biarkan dia ‘lawan’ sendiri demam tu. Wow. Kejam nya kamu. Sampai hati nya kamu. Hebat nya kamu. Hati batu nya kamu.

BERI UBAT DEMAM.

Sebab tu, kalau orang tanya saya, anak dia demam 37.5, perlu beri ubat demam tak? Saya akan jawab YA. Sometimes, suhu baru 37.2, tapi si kecil dan menunjukkan tanda-tanda tak selesa, saya akan advice untuk berikan ubat demam. Because saya bukan kejam. Saya seorang yang penyayang. Especially kepada kanak-kanak. Dr Saleh, yang penyayang

P/s: some doctors may have different idea, and they are totally right in their own mind.
I have my own mazhab. Anda boleh pilih untuk terima, atau tak mazhab saya. No problemo.”

*Jadi, kalau suhu badan anak tak kebah, tak ada masalah untuk berikan ubat 🙂

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×