Famili

Tips Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadan. No. 6 Tu Mesti Ramai Setuju Kan?

1.1K
SHARES

Ramadan tiba lagi. Bagi para ibu, rutin seharian anda pastinya berubah, kerana perlu bangun lebih awal untuk menyediakan makanan sahur buat keluarga tercinta.

Sebagai pengurus rumah tangga, semua tugas ni pasti mahu dilakukan dengan sempurna.

Di sini, kami sediakan beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan tenaga di bulan Ramadhan ini, selain menjadikan pagi anda lebih efisien.

1) MENYEDIAKAN KELENGKAPAN ANAK-ANAK PADA MALAM HARI.

Kadang-kala, terdapat ibu yang lebih selesa menyediakan kelengkapan anak-anak mereka pada waktu pagi sebelum anak ke sekolah. Sebagai contoh, menyeterika baju, membantu anak mengemas buku atau menyediakan bekalan anak-anak untuk ke sekolah.

Namun pada bulan Ramadan ini, apa kata anda sebagai ibu, mengubah sedikit rutin yang anda biasa lakukan, dengan melakukannya pada malam hari. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga pada keesokkan hari malah anda juga dapat menjimatkan masa anda.

2) PASTIKAN ANAK-ANAK TIDUR AWAL.

Pada bulan ini, biasakan anak-anak anda untuk tidur lebih awal supaya mudah untuk mengejutkan mereka semasa sahur nanti.

Jika anak anda dapat rehat yang secukupnya, mereka akan mudah bangun untuk bersahur dan anda sebagai ibu tidak perlu bimbang jika anak anda tidak mahu bangun kerana terlalu mengantuk.

3) LAKUKAN KERJA RUMAH YANG MUDAH PADA MALAM HARI.

Sebagai seorang isteri atau ibu, anda pasti mengetahui bahawa kerja rumah adalah sesuatu yang tidak pernah berakhir. Pada bulan puasa ini, apa kata jika anda lakukan kerja-kerja rumah pada waktu malam atau semasa menyediakan juadah sahur.

Antara kerja rumah mudah yang anda boleh lakukan adalah seperti membasuh baju, mengemas ruang tamu atau mencuci pinggan.

4) MENYEDIAKAN MAKANAN SAHUR PADA MALAM HARI.

Jika anda risau tak dapat bangun awal untuk menyediakan makanan sahur, anda boleh masak siap-siap pada waktu malam ataupun masak lebih lauk untuk berbuka. Bila nak bersahur, hanya perlu panaskan sahaja.

5) SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN ANAK-ANAK SEMASA SAHUR.

Tugas untuk mengejutkan anak bangun bersahur sememangnya bukan tugas yang mudah, apatah lagi untuk menyuruh mereka makan pada waktu pagi.

Oleh itu, sebagai ibu, cuba anda sediakan makanan kegemaran mereka, supaya anda tidak perlu melayan anak-anak anda menangis atau memberontak kerana tidak mahu bersahur.

6) MENYEDIAKAN MAKANAN YANG MEMBEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI.

Anda tidak perlu gusar memikirkan makanan apa yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak agar mereka tidak mudah lapar. Anda boleh berikan mereka minuman MILO untuk memastikan mereka kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Jika anda risau mereka tidak mendapat tenaga yang secukupnya ketika berpuasa, penyediaan MILO yang suam pastinya dapat membuka selera mereka untuk makan. Ini kerana, MILO merupakan minuman malt-coklat yang popular dan pastinya mampu membangkitkan selera pada waktu pagi.

Sempena bulan puasa ni juga,MILO berkolaborasi bersama Chef Abang Brian dan honestbee bagi menyediakan MILO Breakfast Pack. Terdapat beberapa pack yang anda boleh pilih.

Di mana setiap pack yang anda beli, akan dilengkapi dengan resepi ringkas yang pastinya memudahkan hari anda. Tapi servis ini, hanya ada disekitar Lembah Klang sahaja.

Jika anda ingin tahu apa yang anda boleh lakukan dengan MILO Breakfast Pack ini, di sini kami kongsikan hasilnya. Nak tahu lebih lanjut? Klik saja di sini.

  • Oats semalaman bersama kurma
  • Hotcakes tanpa tepung dengan kurma
  • Ayam dan kurma fritters

Selamat mencuba.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×