Didik

Perkongsian Ibu Ini Menjadi Inspirasi Untuk Mengajar Anak Tentang Kepentingan Kitar Semula

326
SHARES

Tanggungjawab memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita semua sebagai manusia. Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan baik adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak.

Jadi, min juga sebagai ibu nak kongsi dengan anda semua cara dan contoh yang baik untuk anak-anak dengan mengambil langkah kecil tentang kepentingan kitar semula untuk memelihara negara kita dan generasi akan datang. Jom tengok!

1. Menggunakan bahan kitar semula sebagai sebahagian daripada kerja sekolah mereka 

Melakukan aktiviti bersama anak-anak bila di rumah ni memang seronok kan? Disamping itu, kita sendiri sebagai ibu dapat menguji IQ dan EQ mereka dan melihat sendiri perkembangan mereka dalam sesuatu kemahiran.

Ini termasuklah dengan aktiviti kitar semula yang kita boleh pupuk dalam kalangan anak-anak. Mereka lebih cenderung untuk membuat sesuatu perkara baru yang lain dari lain.

Jadi, anda boleh lah anda selit aktiviti yang menggunakan bahan kitar semula itu dalam aktiviti dan juga kerja sekolah mereka. Baru lah nampak menarik!

2. Tunjuk perbandingan bilangan pokok yang akan terpelihara dengan hanya 1 item dikitar semula

Sumber-sumber bumi kini nampaknya semakin menyusut dengan kadar yang sangat membimbangkan. Jika kita tidak membuat tindakan lanjut, pasti sumber-sumber ini tidak mampu bertahan lama.

Oleh itu, kita sebagai ibu perlulah memberi pendedahan buat anak-anak, untuk mereka tahu bahawa banyak pokok yang akan terpelihara jika kita menjaga nya dengan sebaik mungkin.

Amalan seperti mengitar semula kertas atau sisa-sisa domestik yang berasaskan pokok sangat penting untuk membantu menjana semula sumber kertas tanpa perlu menebang pokok-pokok di hutan.

Bila hutan-hutan kita terpelihara, maka sumber semulajadi yang berharga seperti pokok-pokok boleh dijaga, dibela dan dijana semula untuk kegunaan generasi akan datang.

3. Galakkan anak-anak buat aktiviti dan hasilkan design yang menarik dengan hanya menggunakan kotak minuman

Anda ada botol atau kotak minuman lebih di rumah? Dengan hanya satu kotak minuman sahaja, ia mampu mengubah sesuatu objek tersebut menjadi objek yang lain. Contohnya dengan menggunakan kotak minuman, anda boleh ajar anak anda untuk mengubahnya menjadi pasu kecil untuk tumbuhan tau!

Mudah saja, hanya perlukan gunting, cat dan imaginasi anda bersama anak-anak. Dari situ, bolehlah buat pasu bunga comel sebagai hiasan yang boleh menceriakan rumah anda.

Kalau nak lagi mudah, anda juga boleh ajar anak-anak untuk kitar semula dengan hanya menggunakan kotak minuman MILO® Kotak. Senang kan!

Bukan sahaja boleh diguna untuk kitar semula, malah kaya dengan nutrisi penting!

Senang dipadankan dengan pemakanan seimbang, setiap pek MILO® Kotak dipenuhi dengan kebaikan barli malt, susu dan koko serta vitamin dan mineral yang penting untuk membantu membebaskan tenaga daripada makanan. 

Antaranya MILO® Calcium Pluz kaya dengan Kalsium dan Vitamin D yang penting untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Setiap hidangan memenuhi sekurang-kurangnya 25% keperluan Kalsium dan Vitamin D kanak-kanak sehari*. 

Bukan itu sahaja, MILO® Kotak dan MILO® Calcium Pluz senang untuk dibawa dan membantu ibu-bapa yang kesuntukan masa dalam menyediakan pemakanan seimbang untuk anak-anak, lagi-lagi bila mereka berada di sekolah.  

*Berdasarkan RNI 2017, 7-9 tahun. 

Untuk pengetahuan anda, MILO® komited melaksanakan pelbagai inisiatif dan program kitar semula dengan menyasar pembabitan semua lapisan masyarakat.

Ini termasuk mengadakan Projek CAREton dengan MILO® Kotak yang pertama kali dilancarkan. Ini adalah usaha mereka dalam mengitar semula pek minuman air terpakai.

Dengan faedah tambahan ini, kami berharap anda akan terus mendapat inspirasi dalam mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula demi generasi anak-anak kita yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pek minuman MILO® dan program yang dijalankan, boleh terus layari laman web mereka di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×