Famili

“Janganlah Bersedih, Allah Akan Kurniakan Cahaya Mata Saat Kita Sudah Bersedia”

386
SHARES

“Bila kau ni nak mengandung, dah umur 35 tak ada anak lagi ke”

Memang pedih telinga dan hati apabila masih wujud lagi dalam kalangan orang kita yang masih suka bertanyakan soalan sebegini kepada wanita yang sudah lama berkahwin. Rezeki untuk hamil adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang baru 3 bulan kahwin sudah dikurniakan rezeki zuriat, ada juga yang sudah hampir 10 tahun usia perkahwinan masih lagi tidak dikurniakan zuriat.

Ini adalah perkongsian dari seorang jururawat untuk memberikan semangat buat wanita di luar sana yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

Bila nak mengandung?

Soalan lazim tuk semua orang yang tak ada anak dan yang baru berkahwin. Kalau rezeki anak tu boleh dibeli dari pasar ikan, tak ada lah fertility centre diwujudkn dimuka bumi ini. Akak misi nak share pengalaman akak sepanjang 5 tahun akak bekerjaya misi lenggang kangkung ni. Sepanjang akak kerja ni, ada beberapa pasangan yang akak jumpa.

5 tahun kawen.
8 tahun kawen
10tahun kawen
11tahun kawen
12 tahun kawen
16 tahun kawen.

Angka yang akak sebut dekat atas ni adalah jangka masa pesakit akak baru dikurniakan cahaya mata yang pertama. Dulu masa student, pemahaman akak..sekali je “on” terus ada anak. Rupanya tidak. Pemahaman akak meleset ke laut china selatan rupanya. Rezeki anak ni Allah yang tetapkan. Allah akan bagi on time bila kita mampu selayaknya.

Kita rancang, Allah tentukan. Bila mak pak bawang cakap, ” Rugi kau kahwin lewat nanti anak kau tak ada, zuriat kau tak ada, lepas tu umur dah tua bangka kau masih hantar ank sekolah, kau tua-tua nanti kau tak rehat lagi. Orang lain dah beranak pinak, kau masih lagi berdua”.  Golongan seperti ini sila elakkan diri. Sebenarnya mereka hidup dengan hati yang tak ada iman dimana mereka tidak percaya Qada dan Qadar Allah. Nampak macam biasa tapi hakikat, mereka miskin iman.

ALLAH KURNIAKAN ANAK PADA WAKTU KITA DAH ‘BERSEDIA’

Meh akak misi bagi contoh. Akak misi baru terima kes..mak umur 42 tahun, bapak umur 45 tahun baru dapat cahaya mata.  Happy for them. Rezeki mereka. Bagi kamu semua tu rezeki lewat sampai. Mereka dah tua baru nak ada anak kecil. Nanti penat nak jaga lah apa lah. Tu bagi kau yang tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Dari segi positive, bagi akak, Allah bagi mereka anak on time dimana, kedudukan kehidupan mereka stabil dari segala sudut..ekonomi, rumah, kereta, harta semua mereka dah stabil. Mereka tak perlu risau dimana mereka nak cari duit setiap bulan untuk besarkan anak mereka. Mereka tak perlu pening mana nak buat overtime tambah pendapatan, nak sediakan segala peralatan untuk anak mereka nanti.

Mereka tak perlukan semua itu. Kerana mereka punya segala. Sekarang urusan mereka adalah fokus pada anak. Menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin. Saat umur mereka 60 tahun nanti, anak mereka akan sentiasa berada bersama mereka. See.. nampak tak yang Allah tuliskan jalan takdir hidup mereka dengan baik untuk mereka. Dari yg ada anak berderet tapi culas dalam pemberian tanggungjawab anak. Dari ada anak tapi anak terabai.

Stress tiap bulan, duit tak cukup bagai dan yakin bila tua nanti anak yang dijaga sekarang akan jaga mereka balik. Nobody knows what happen in future beb. Allah yang pegang hati manusia. Kalau Allah nak duga hati anak tu, sekelip mata je Allah palingkan anak tu derhaka dan tinggalkan kau.  Ingat, setiap perkataan yang kau berikan akan datang balik dekat kau.

BIAR LAMBAT ASALKAN BERKUALITI

Kebanyakkan rumah org tua dihuni oleh orang-orang yang mempunyai anak berderet.  Biar lambat asalkan berkualiti. Biar anak sikit, asalkan anak tu berbakti. Setiap manusia diberikan zon masa sendiri. Tak ada kes cepat atau lewat. Allah bagi on time. Yang penting sentiasa muhasabah diri. One more thing, sepanjang akak terima kes macam ni, kebanyakkan akak jumpa suami yang setia dengan isteri bertahun-tahun walaupun isteri tak mampu lahirkan zuriat untuk dia.

Akak tabik spring dengan suami macam ni. Gila setia punya orang. Suami yang kahwin bukan kerana nafsu tpi kawin kerana adanya satu tanggungjawab yang perlu mereka jaga. Semoga syurga buatmu wahai si suami n isteri.  Btw, orang yang asyik tanya soalan macam ni. Sila muhasabah diri baik-baik ya. Jaga perasaan orang lain. Bukan semua orang bertuah seperti kamu. Akak doakan kepada yang belum mengandung, dipermudahkan urusan kalian dalam mencari rezeki.

Jangan menangis sayang, Allah nak tengok kesabaran kalian. Allah akan bagi untuk kalian saat kalian bersedia dalam segala hal. Yakin dengan Allah. Akak tak kawin lagi, jadi akak share pengalaman pesakit akak je.

Sumber : Muliana Sahar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×