DIY & Kraf

Tips Berkesan Untuk ‘Pulihkan’ Telefon Bimbit Yang Masuk Air, Guna Beras Je!

172
SHARES

Salah satu perasaan paling cuak adalah apabila telefon bimbit kesayangan kita jatuh atau masuk air! Aduh, apa yang kena buat ni? Nak hantar ke kedai, memang melayang lah duit untuk kos pembaikan tu. Macam mana cara mudah nak jimat untuk hidupkan semula telefon bimbit anda? Guna cara ini!

anaksantai.com

ALAMAK PHONE MASUK AIR!

Petang kelmarin hujan kemain lebat. Kebetulan otw balik dari pasaraya tu, anak kecik dah tertidur dalam kereta. Bila dah sampai rumah, kelam kabutla nak bawak barang lagi, mane nak dukung anak, dengan handbag yang berat & penuh dengan barang² si kecik ni lagi. Hujan dah la makin lebat, masa nak loading barang cepat-cepat handphone terkeluar dari beg & jatuh dalam lopak air. Kemain seronok die berenang dalam lopak tu. Time-time gini la pulak nak jadik ikan kaloi nye pun.

www.facebook.com/yatieimra

Bukan kena air sikit-sikit, memang tenggelam habis. Lepas angkat tu cepat-cepat offkan. Bila masuk rumah, terus bukak compartment yang boleh dicabut lak. Masa bukak slot memory card & simkad ada air lagi menitis keluar. Dah macam botol air design telepon je. Selamat tak ada straw.

Kalau saya lap kering-kering, kemudian masukkan handphone dlm plastik berisi beras untuk keringkan air sementara nak beli bahan penyahlembapan (saya guna brand thirsty hippo). Lepas tu masukkan thirsty hippo & handphone dalam bekas kecil (supaya xserap kelembapan udara dlm bilik). Saya biarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum cuba on kan handphone. Malam tadi lebih dari separuh kalsium klorida dalam bekas thirsty hippo tu dah cair. Bila on kan handphone.. lama juga boot start screen die.. Tapi alhamdulillah, lepas tu dah boleh guna macam biasa.

Tips kalau phone masuk air

1- Cepat-cepat keluarkan dari air. Lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.

2- Biasanya kalau tak terendam lama sangat, phone masih on lagi beberapa saat. Matikan phone. Xkisahlah tekan butang off atau terus keluarkan bateri. Mana-mana je yang lebih cepat supaya xberlaku short circuit & ic phone terbakar.

3- Lap kering phone. Leraikan semua bahagian yang boleh dicabut.

(Sebelum rendam dalam beras, bungkus phone dengan tisu dahulu atau letak selotape pada charger port/bahagian lain utk elak tersumbat dengan beras pulak. Kalau guna selotape pastikan tinggalkan sedikit ruang untuk pengudaraan/air keluar.)

4- Jika tiada bahan penyahlembapan, rendam handphone dalam beras dahulu sementara gi beli tu. Beras mampu menyerap lembapan air walaupun ia mengambil masa agak lama

5- Gunakan bahan penyahlembapan untuk keringkan handphone. Letak handphone & bahan penyahlembapan dalam bekas kecil supaya ia dapat mengeringkan kelembapan dari dalam handphone sahaja.

(Perlu keringkan air dalam phone secepat mungkin atau board boleh berkarat. Bahan penyahlembapan (thirsty hippo) ni cepat serap kelembapan. Kalau ada silica gel pun boleh guna. Tapi kena ada banyak le)

6- Biarkan 24 jam-48 jam bergantung pada berapa lama handphone terendam dalam air. Jika selepas 48 jam, handphone masih tak boleh on, sila lah hantar servis. Jika bahagian dalaman phone anda kering, kerosakan xlah banyak sangat. Tapi kalau ic phone terbakar & dalaman berkarat pulak, bertambahlah cas servis nya.

www.facebook.com/yatieimra

Lain-lain tips

*boleh juga gunakan beberapa pek silica gel, tapi kuantitinya perlu berpadanan. Lebih lama terendam, lebih banyak silica gel diperlukan.

*jangan gunakan hair dryer sebab suhu yang tinggi sebenarnya boleh menambah burukkan kerosakkan.

http://anakaskarpencen.com/

*kalau jatuh dalam air laut, lepas handphone off, basuh handphone dengan lalukan bawah air paip. Air laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan ia akan crystalize di bahagian dalam & board cepat berkarat. Selepas tu barulah ikut langkah-langkah di atas.

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×