gaya hidup

TIEN, Restoran Cina Mesra Muslim, Saji Hidangan Autentik Dari Fujian

2
SHARES

Pejam celik pejam celik, akhirnya Ramadan sudah pun sampai hari yang ke-13. Buat mereka yang dalam “mood” ingin berbuka di restoran dan teringin merasai hidangan makanan Cina. Apa kata mari ikut Sirap Limau meneroka sebuah restoran cina di Suria KLCC.

Restoran Mesra Muslim Saji Hidangan Fujian

Restoran popular PUTIEN telah membuka cawangan mesra muslim pertamanya iaitu TIEN. TIEN @ Suria KLCC merupakan cawangan pertama di Asia yang menyajikan hidangan cina khas dari daerah Fujian.

Video

Menu Ramadan Pertama dari Tien

Tahun 2024 merupakan tahun pertama TIEN membawakan menu Ramadan di restorannya. TIEN menampilkan 5 set menu dari harga RM288 (2 pax), RM560 (4 pax) RM1088 (6 pax), RM1388 (8 pax) dan RM2188 (10 pax) untuk dicuba.

Signature dish : daging cincang dengan roti bijan, keladi goreng manis & udang goreng bijirin

Antara hidangan yang wajib dicuba & merupakan signature TIEN ialah, set pembuka selera, keladi goreng manis, udang goreng bijirin & daging cincang dengan roti bijan.

Menu Ramadan untuk 4 pax

TIEN menggunakan bahan masakan dari pembekal barangan halal. Jadi, boleh makan di sini tanpa was-was.

Baca juga : Wajib Cuba Makanan Cina ‘Muslim-Friendly’ Di Suria KLCC, Rasa Memang Tak Dapat Tempat Lain!

Shopping Raya di Suria KLCC

Lampu Pelita setinggi 60 kaki menghiasi Esplanade KLCC

Alang-alang dah berada di Suria KLCC, pengunjung boleh membeli belah sempena hari raya Aidilfitri di sana kerana pelbagai tarikan menarik bakal menanti.

Bawa Nostalgia Rumah Kampung & Anyaman

Laman centre court Suria KLCC  diubah menjadi suasana laman kampung dengan bunga Bougainville (bunga kertas) dan rumah kampung lengkap dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.

Baca juga : Ini 6 Lokasi Bufet Berbuka Puasa 2024 Dengan Harga, Sedap dan Berbaloi!

Pengunjung boleh mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan bermain teng-teng, batu seremban dan juga congkak sepanjang kempen ini berlangsung. Jangan lupa ambil peluang merakam gambar anda di sudut photobooth secara percuma.

Suria KLCC membawakan kempen hari raya #RayaWithSuriaKLCC dari 15 Mac sehingga 21 April 2024. Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac sehingga 14 April akan menerima e-Baucar bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif Suria KLCC.

Baca juga : Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×