Hebahan

[TERKINI] Harga Siling Kit Ujian Kendiri Covid-19 Ditetapkan Pada RM19.90

21
SHARES

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan harga kawalan kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, berkuat kuasa Ahad ini.

Menerusi kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, harga borong kit ujian pula dijual pada harga maksimum RM16.

“Permintaan terhadap kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19.

“Berikutan itu KPDNHEP sudah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak,” jelasnya.

kit ujian kendiri

Baca juga: Cara Tepat Buang Kit Ujian Kendiri Covid-19, Jangan Buang Merata-Rata!

TINDAKAN TEGAS BAGI YANG GAGAL MEMATUHI HARGA KAWALAN

Pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi haraga kawalan itu.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta

Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

  • Kesalahan menjual melebihi harga maksimum – individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
  • (Manakala kesalahan buat) syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×