Percutian

12 Tempat Menarik Di Port Dickson 2020 Mesti Pergi. Bukan Pantai Je, Macam-macam Ada!

707
SHARES
tempat menarik di port dickson

Wah, rupanya ada banyak tempat menarik di Port Dickson yang kita tak pernah round habis lagi!

Tak dinafikan yang Port Dickson salah satu destinasi percutian yang terkenal di Malaysia.

Sebut saja PD, masing-masing dah terbayangkan pantai yang cantik dan bersih kan?

Tak cukup dengan itu, sebenarnya ada banyak tempat menarik di PD yang kita patut singgah apabila berkunjung ke sana tau!

Jom tengok senarai tempat menarik di Port Dickson 2020 di bawah.

12 Tempat Menarik Di Port Dickson 2020

1. PD Ostrich & Pets Show Farm

Tentu dah ramai yang tahu kewujudan Taman Ostrich atau PD Ostrich & Pets Show Farm ini kerana ia telah menjadi salah satu tarikan utama Port Dickson selama lebih dari 15 tahun tau!

Bermula sebagai ladang burung unta di kebun belimbing, ladang ini berkembang menjadi ladang pertunjukan kerana minat yang ditunjukkan oleh pelancong dan pengunjung ke bandar pelancongan yang popular ini.

Selain burung unta, pengunjung juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelbagai lagi haiwan lain termasuk unta, keldai, kuda, arnab dan banyak lagi.

Berdekatan kawasan Taman Ostrich ini juga terdapat beberapa tarikan lagi seperti Cat Cafe, Herbal Oasis, Dinosaurs in the Jungle, Dog Park, Extreme Jungle Park, Muzium Kerang-kerangan dan Taman Orkid.

Memang seronok sesekali berkunjung ke sini dengan keluarga sebab selain dapat mengenali haiwan dengan lebih dekat, kita juga dapat bersantai sambil ‘cuci mata’ dengan pelbagai produk burung unta yang unik.

Lokasi : Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson.

Telefon :  018-203 8682

Harga tiket: RM15 / Dewasa, RM10 / Kanak-kanak

Laman web : http://www.pdostrichfarm.com/

Facebook : PD Ostrich & Pets Show farm 

2. Phantasy Farm aka Windmill PD Farm

Sebuah lagi petting zoo yang menarik untuk anda kunjungi di PD terutamanya bersama anak-anak ialah Phantasy Farm.

Tempat ini sebenarnya dikenali sebagai Windmill PD Farm sebelum dijenamakan semula sebagai Phantasy Farm pada tahun 2019.

Apa yang menarik di Phantasy Farm antaranya adalah port bergambar yang confirm ‘Instaworthy’ seperti Rainbow Tree House, Windmill (kincir angin), Rumah Hantu, dan Kampung Budaya selain pelbagai haiwan comel seperti alpaca, kuda, kambing, iguana, kura-kura dan tikus belanda.

Semua haiwan ini dibiarkan bebas dan pengunjung boleh memberi makan, memegang dan bermain sambil mengambil gambar dengan setiap jenis haiwan tersebut.

Mesti teruja kan?

Lokasi :  Lot 3636, Jalan Pantai Batu 9, Kampung Sungai Menyala 71050 Port Dickson.

Telefon: 017-235 3373 / 016-227 8894

Harga tiket: RM35 / Dewasa, RM29 / Kanak-kanak

Facebook : Phantasy Farm

3. Segar City (Wild West Cowboy, Alive 3D Art Gallery )

Lebih dikenali sebagai bandar Cowboy, Segar City inilah lokasi yang menempatkan Wild West Cowboy, Alive 3D Art Gallery dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan seperti 5D Motion Cinema, Awake Escape, Awake Thrill, Skunk Interactive Show, dan permainan arked.

Dan yang terbaru, dah ada Segar Recreation Eco Park yang menawarkan aktiviti seperti Archery, Rock Climbing, High Rope / Junior Rope dan Flying Fox.

Mereka juga ada menyediakan Pakej penginapan di Country House supaya ibu ayah lagi mudah nak bermalam dekat sini.

Wah, banyak betul aktiviti kan? Confirm tak rugi bawa keluarga menghabiskan dengan keluarga di sini sampai tak sedar masa berlalu!

Lokasi : Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010, Lukut, Port Dickson.

Harga tiket:

  • Wild West Cowboy & AWAKE THRILL (5 Tema): RM20
  • 7D / 5D Movie: RM15 / 2 movies
  • Alive 3D Art Gallery: RM15

Telefon: 012-603 0886

Laman web : http://segarcity.com/

Facebook : SEGAR City

tempat menarik di pd

4. Eagle Ranch Resort

Oh ya, sebut pasal cowboy ni, ada lagi satu tempat di Port Dickson yang menawarkan tema ini iaitu Eagle Ranch Resort.

Bagaikan berada di sebuah ladang cowboy di Texas, Amerika Syarikat, resort ini menawarkan pengalaman unik selain menginap dalam Log Cabins, Bandwagons, Paddock Chalet atau Red Indian Tepees.

Eagle Ranch Resort sesuai buat yang sukakan aktiviti luar bersama rakan-rakan atau dalam kumpulan seperti team building kerana ia turut menyediakan pelbagai aktiviti riadah seperti go kart, memanah, flying fox.

Terbaru, dah ada rabbit farm juga untuk pengunjung bermesra dengan arnab-arnab comel. Anak-anak mesti suka!

Lokasi : Lot 544 Jalan Pantai, batu 14 71250 Port Dickson.

Telefon: 06-6610 495

Laman web : https://www.eagleranch.com.my/

Facebook : Eagle Ranch Resort, Port Dickson Official

tempat menarik pd tempat menarik Portk Dickson

5. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Mungkin ramai tidak menyedari kewujudan Pusat Ikan Hiasan yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia ini, di mana terdapat lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang yang dipamerkan dalam akuarium kepada pengunjung di sini.

Menurut info, 80 peratus hidupan marin yang dipamerkan di pusat itu adalah hasil ternakan dan pembiakan di pusat itu sendiri, hasil tangkapan dari perairan Tanjung Tuan.

Banyak yang kita boleh belajar melalui lawatan ke sini.

Yang paling best, masuk percuma je!

Lokasi :  Batu 7, Jalan Pantai, Telok Kemang, 71050 Port Dickson.

Harga tiket : Percuma

Telefon :  06-662 1089

Facebook : Pusat Ikan Hiasan PD

6. Dickson Dragon Cruise

Siapa sangka di Port Dickson ada aktiviti menaiki cruise juga tau.

Kalau nak rasa pengalaman berbeza sambil melihat pemandangan indah, cubalah ke Dickson Dragon.

Perjalanan selama satu setengah jam atau tiga jam mengikut pakej bukan sekadar belayar di lautan namun pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk berkaraoke serta melihat matahari terbenam pada waktu senja.

Bab makan anda jangan bimbang, dekat sini ada macam-macam makanan disediakan untuk pilihan anda.

Pada yang suka mandi laut, jangan bimbang anda boleh cuba aktiviti berenang dalam jaring. Memang lain daripada yang lain!

Lokasi : Dickson Dragon Cruise 71250 Port Dickson.

Telefon : 012-900 8200

dickson dragon cruise 3

7. Rumah Terbalik Port Dickson

Bagi yang suka bergambar, apa kata berkunjung ke satu-satunya galeri rumah terbalik di Port Dickson.

Dekat sini ada banyak port bergambar yang lucu, pelik dan lain daripada biasa!

So, boleh bawa satu famili merasa macam mana berada dalam dunia terbalik beramai-ramai.

Lokasi : No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson.

Harga tiket :  Dewasa RM 20, Kanak-kanak RM15

Telefon : 016-336 8751

Facebook: Rumah Terbalik Port Dickson

8. Muzium Lukut

Sesekali bawa keluarga menelusuri sejarah pun seronok juga kan?

Muzium Lukut dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan tujuan menyebarkan maklumat dan bukti sejarah yang berkaitan dengan Lukut.

Ia juga berfungsi untuk menelusuri zaman kegemilangan Lukut dan individu-individu terkemuka dalam sejarah negara untuk dijadikan rujukan generasi akan datang.

Dekat sini juga kita boleh memahami unsur-unsur penting hubungan antara Lukut dan senario politik tempatan yang mengelilinginya untuk memperlihatkan fungsi dan kehebatan Benteng Lukut sebagai saluran pertahanan, yang menandakan keunikan seni bina Melayu.

Lokasi : Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson.

Harga tiket: Percuma

Telefon : 06-651 2954

9. Rantau Eco Park

Rantau Eco Park berlokasi di Kampung Kuala Sawah Pasir dengan bertemakan alam semulajadi di mana keluasan kawasannya mencapai 100 ekar.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah memancing, berenang di kolam renang, atau berkayak di tasik.

Lokasi : Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan

Telefon: 03-9287 6833

Facebook: Rantau Eco Park

10. Kompleks Baitul Hilal / Balai Cerap Teluk Kemang

Mungkin tak ramai tahu dekat Port Dickson ni ada Kompleks Baitul Hilal, iaitu sebuah Balai Cerap.

Terletak di Teluk Kemang (dalam kawasan Klana Beach Resort), Balai Cerap ini mempunyai kubah dan menghadap ke perairan Selat Melaka dilengkapi dengan teleskop bersaiz 24 inci dan uniknya ia berkemampuan membuat cerapan sehingga 0 darjah bagi tujuan cerapan hilal ataupun anak bulan.

Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.

Dibuka setiap hari untuk orang ramai dan untuk lawatan masuk terbahagi kepada 2 waktu iaitu :

  • Solar Observation : 3pm-5pm
  • Night Observation :10.30pm-12am

Pelawat akan dibawa ke teater untuk persembahan astronomi sebelum lawatan berpandu, termasuk melihat langit melalui teleskop.

Untuk yuran kemasukan dikenakan adalah percuma untuk tetamu hotel Klana Beach Resort.

Walaubagaimanapun ,untuk pengunjung luar dikenakan yuran seperti dibawah.

Siapa yang minat astronomi bolehlah datang ke sini untuk merasa pengalaman meneropong langit yang unik dan menakjubkan!

Lokasi : Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson.

Harga tiket : Dewasa RM25, Pelajar RM5

Tel: 06-648 7888

Facebook: Klana Beach Resort PD

tempat menarik di port dickson tempat menarik di pd

11. Blue Lagoon / Pantai Tanjung Biru

Pergi PD memang tak sahlah kalau tak jejak pantai kan?

Blue Lagoon, atau lebih dikenali sebagai Pantai Tanjung Biru, adalah pantai yang terletak di antara dua tanjung, iaitu Tanjung Biru dan Tanjung Tuan.

Pantai di sini memang bersih, cantik dan sesuai untuk berkelah dengan keluarga. Ia adalah antara pantai paling terkenal untuk pengunjung di PD ni.

Lokasi : Tanjung Biru, Batu 10, Jalan Pantai 71050 Port Dickson.

12. Muzium Tentera Darat

Galeri ini memaparkan banyak khazanah tentang sejarah awal penubuhan regimen askar Melayu yang pertama iaitu pada tahun 1936 iaitu seramai 25 orang. Penubuhan Regimen Askar Melayu dilaksanakan di atas desakan raja-raja Melayu

*NOTIS: Muzium Tentera Darat Port Dickson ditutup sementara waktu dan akan dibuka pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penutupan ini bagi tujuan senggaraan dan pembaikan galeri.

Lokasi : Persiaran Pahlawan, Kem SiRusa 71050 Port Dickson.

Telefon : 013-278 4047

Facebook : Muzium Tentera Darat PD

muzium tentera darat pd 1

Wah, Banyaknya Tempat Menarik Di PD!

Mesti ada antara tempat ni yang kita tak pernah sampai lagi kan?

Sempena cuti-cuti Malaysia ini, jomlah sama-sama kita rancakkan aktiviti pelancongan tempatan dan melawat tempat-tempat menarik dalam negara ini.

Kalau anda ada cadangan mana lagi tempat menarik di Port Dickson yang boleh dikunjungi, sila nyatakan di ruangan komen supaya lebih ramai boleh pergi.

Jom cuti-cuti Malaysia!

[ Baca juga: Chalet Berkonsep Hobbit, Pet Feeding & Banyak Aktiviti Untuk Anak Di Kuala Selangor Cabin Camp ]

[ Baca juga : Ada Kids Room, Selesa! Ini Rupanya Karaoke Manekineko Yang Mesra Famili ]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×