Rakyat

Ibu Diserang ‘Heart Attack’ Gara-Gara Anak Jawab Soalan Kerja Sekolah Tak Betul

1.2K
SHARES

Seorang ibu berumur 36 tahun dari Hubei, China hampir meninggal dunia akibat sakit jantung kerana mengajar anaknya menyiapkan kerja sekolah. Ibu tersebut, Puan Wang akan sentiasa mengajar anaknya yang berada di gred 3 untuk menyiapkan kerja sekolahnya setiap malam.

TIDAK DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN BETUL

Malangnya, pada satu malam Puan Wang tak dapat mengawal kemarahannya kerana anak lelakinya tidak dapat menjawab soalan matematik yang telah diberikan dengan betul.

“Saya telah terangkan kepadanya beberapa kali, tapi dia masih tidak dapat menjawab dengan betul. Saya berasa terlalu geram dan marah. Tiba-tiba saya sesak nafas dan terus menelefon suami saya.”

Doktor yang merawat Puan Wang memberitahu yang dia telah diserang serangan jantung (myocardial infarction) kerana terlalu tertekan dan sekiranya dia terlambat untuk ke hospital pada malam itu, dia mungkin meninggal dunia.

TERLALU KERAP TAK DAPAT MENGAWAL PERASAAN

“Kebanyakkan pesakit ini adalah dalam kalangan ibu muda kerana pemakanan yang tidak seimbang serta tekanan perasaan.”

Puan Wang terlalu kerap tidak dapat mengawal perasaannya ketika membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah dan dia memang tidak menjangka ini boleh terjadi.

Pakar psikologi menasihati para ibu dan bapa untuk belajar mengawal emosi apabila mendidik anak-anak di rumah. Terlalu beremosi dalam membantu menguruskan akademik anak-anak boleh menyebabkan ibu dan bapa terlalu tertekan.

LOYA, PENING & PERNAFASAN TAK NORMAL

Setakat ini, Puan Wang masih dirawat di hospital. Selain dari sesak dada dan nafas, simptom lain menandakan ada diserang jantung adalah loya-loya, pening kepala dan pernafasan yang tak normal.

*Jadi, kalau nak mengajar anak di rumah, belajarlah untuk mengawal emosi jangan sampai membahayakan kesihatan! 🙂

Sumber: China Press

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×