Semua individu dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang tersendiri. Tanda lahir merupakan salah satu keunikan tersebut. Menurut sumber, kira-kira 80% daripada bayi yang lahir mempunyai tanda lahir. Tanda lahir pada bayi boleh kelihatan seawal kelahiran bayi atau setelah beberapa bulan.
Namun berbeza pula dengan kisah ‘superhero’ kecil di California ini dimana wajahnya mempunyai tanda lahir macam mask Batman!
TANDA LAHIR MACAM BATMAN
Berusia 7 bulan, seorang bayi bernama Luna Fenner dilahirkan dengan mempunyai tanda lahir yang dikenali sebagai congenital melanocytic nevus. Keadaan ini menjadikan kawasan wajah Luna mempunyai tanda berwarna gelap kerana mempunyai pigmentasi yang lebih tinggi.
Namun, apa yang menariknya selepas sahaja ibu Luna memuatnaik gambar bayi ini di laman media sosial, ramai yang menyamakan tanda lahir di wajah Luna dengan tanda ‘Batman’!
Ibu dan ayah kepada Luna juga telah mencuba pelbagai jenis rawatan untuk menghilangkan tanda lahir ini. Mereka juga pernah terbang dari California ke Rusia untuk mendapatkan rawatan pakar kulit.
Ibu Luna juga memberitahu bahawa beliau turut terkejut selepas melahirkan Luna kerana sewaktu menjalani proses imbasan kandungan, semuanya adalah normal.
DAPATKAN RAWATAN DI RUSIA
Mendapat jolokan ‘Little Superhero’, Luna bakal menjalani enam hingga lapan pembedahan di Rusia dalam tempoh 18 bulan. Menurut laporan dari Fox News, Luna akan menjalani rawatan ‘laser radiology’ untuk mengurangkan tanda gelap di wajahnya.
Rawatan membuang tanda gelap di wajah Luna juga adalah untuk kebaikan di masa hadapan untuk elak dari Luna dibuli di sekolah atau kemana sahaja dia pergi.
*Laporan terbaharu juga memberitahu bahawa Luna sudah berjaya menjalani pembedahan pertama.
Sumber : IndiaTimes, DailyMail