Inspirasi

Karya Seorang Ayah Tentang Anak Autisme. Sebak & Penuh Inspirasi

44K
reads

Persatuan Autisme di seluruh dunia telah menyambut bulan April sebagai Bulan Kesedaran Autisme untuk meningkatkan kesedaran serta penerimaan masyarakat terhadap anak autisme.

Sempena Bulan Autisme kali ini, kami amat berbesar hati kerana diberi peluang oleh Encik Faizul Khalid untuk berkongsi karya-karya beliau yang cukup menyentuh hati. Ia merupakan lakaran dan luahan hati seorang bapa yang memiliki seorang anak autisme comel bernama Zulkharnain, yang digelar Khar9.

Teruskan membaca perkongsian beliau yang cukup menyentuh hati ini.

Karya Seorang Ayah Tentang Anak Autisme, Zulkharnain

Lakaran-lakaran ini menceritakan antara cabaran hidup yang telah kami lalui. Hanya secebis coretan dari berjuta kisah didunia berkaitan autisme.

1. Bermula Dengan Tanda Yang Merunsingkan

Apabila usianya lebih 2 tahun, perkembangannya agak berbeza berbanding kanak-kanak lain yang seusia.

Antara perkara paling ketara dan amat merunsingkan kami adalah dia belum pandai bercakap, tidak memberi tindak balas apabila nama dipanggil, gemar bersendirian, sangat aktif, tidak kenal takut atau bahaya dan  rutin tidur malam yang agak lewat. Perkara ini juga memberi kesan pada kehidupan kami sekeluarga.

tanda anak autisme

Tidak kenal erti bahaya.

tanda anak autisme

Jika ingin mendapat sesuatu, Khar9 akan tarik tangan aku tanpa bercakap.

autisme-1

Semakin meningkat usia, semakin banyak kelakuan pelik yang timbul dan persoalan diminda kami pun turut bertambah.

Akhirnya, diusia 2 tahun 6 bulan kami sekeluarga sepakat membawanya ke klinik kanak-kanak di sebuah hospital swasta di Kuching.

2. Disahkan Autisme

Berat untuk menerima kenyataan anak disahkan ASD & ADHD (Autism Spectrum Disorder & Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

Kebetulan, tarikh itu adalah hari jadi aku. Mungkin ini sebenarnya adalah hadiah dari Allah yang masih aku belum fahami maksud tersiratnya. Aku perlu bersabar. Suatu hari aku akan faham.

autisme-6

3. Tindakan Seterusnya

Ujian pendengaran adalah antara prosedur yang perlu dilakukan. Kaedah ABR terpaksa digunakan untuk Khar9 kerana dia tidak memberi kerjasama untuk prosuder biasa. Khar9 ditidurkan. Bagaimanapun tidak semudah itu untuk membuatkannya tidur. Ambik masa juga.

Pabila dah tidur rasa risau kalau dia tersedar ketika ujian. Bagaimananapun, alhamdulillah, sebaik sahaja selesai ujian barulah dia sedar dan terus tantrum. Dah agak dah.

autisme-2

Pakar psikiatrik. Aku sangat kuatir setiap perkataan yang keluar dari mulut doktor itu. Satu persatu aku hadam. Risau sesuatu yg sukar aku terima.

autisme-12

Ilmu tentang autisme kena dicari. Baru boleh uruskan semua dengan baik. Rajin-rajinlah baca buku, research dalam internet, kursus dan apa sahaja yang berkaitan. Kalau ikut kepala sendiri saja risau sesat jalan. Sebab kita bukan dilahirkan terus pakar tentang autisme.

autisme-17

Aksi kejar mengejar. Berlari pantas adalah kebolehan yang mesti ada pada ibu bapa super. Tak lupa juga buat atuk dan nenek ya. Kesian.

autisme-14

Pernah mengalami tak? Apa korang akan buat jika terjadi macam ini? Situasi dalam kapal terbang, bot atau bas ekspres. Anak hyper, buat bising, lompat sana sini, lambung barang sampai kena muke orang.

Pastu ada 3 jam lagi ke destinasi. Kalau nasib kurang baik, orang ambik video pastu viral.

autisme-30

Memang ada yang prihatin dalam keadaan mata lain yang menjeling.

autisme-13

Adakalanya, aku hilang sabar. Aku hanya manusia biasa. Ya Allah, berikan aku kesabaran yang luar biasa.

autisme-5

Tidur dah tak lena. Setiap malam Khar9 tidur lewat. Kebiasaannya antara jam 1 hingga 3 pagi. Pernah juga nak masuk subuh baru nak tidur. Mata ibu bapa mana yang tak bengkak?

Datang lewat ke pejabat dah jadi rutin. Tulikan sahaja telinga apabila dimarahi bos. Pabila datang awal, terasa nak tidur pulak. Maafkan saya bos.

autisme-3

Impian atau hobi simpan tepi dulu. Utamakan apa yang lebih utama. Maaf geng. Sinar tetap menunggu kita. Aku akan kembali.

autisme-15

Tuhan menduga kita, tapi jangan lupa, anak kita lebih menderita.

autisme-11

Sepi di dunianya sendiri. Izinkan aku untuk masuk ke dunia itu untuk menemanimu.

autisme-7

Sekiranya kita sebagai ibu bapa menerima dengan ikhlas anak syurga tanpa syarat, sepertimana perasaan kita mula-mula menyambut kelahiran mereka, insha-Allah, Allah pasti akan menyediakan sesuatu yang baik. Jika tidak di dunia pasti di akhirat.

autisme-09

Kenalah pandai urus diri duhai sayang. Bapak nanti akan tua. Masa tu Kha9 pulak yg akan uruskan bapak. Kha9 mesti cepat pandai

autisme-16

Terokailah dunia yang indah ini. Mudah-mudahan akan ketemu apa yang kau cinta.

autisme-9

Untuk ibu bapa yang senasib, mengurus anak autisme sememangnya mencabar. Bagaimanapun, percayalah, Tuhan menduga adalah kerana untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebenar. Mungkin inilah cara tuhan memuliakan kita. Bertabahlah, lambat laun pasti ada juga sinar yang akan menunggu. Jika bukan didunia, pastinya diakhirat.

Mana mungkin Allah menganiaya orang yang redha. Terimalah seadanya dengan ikhlas.

Anak, kasih sayang bapa tidak pernah berubah. Jika itu mulanya, akhirnya juga tetap begitu.

Bagaimanapun, percayalah… Tuhan menduga adalah kerana untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebenar. Mungkin inilah cara tuhan memuliakan kita. Bertabahlah, lambat laun pasti ada juga sinar yang akan menunggu. Jika bukan didunia, pastinya diakhirat.

Akhir kata, mudah-mudahan usaha kecil saya ini mampu memberi manfaat dan kesedaran masyarakat tentang autisme.

Tuhan Menduga Kita – Lagu Dicipta Khas Sempena Bulan Kesedaran Autisme

Berikut adalah lagu istimewa yang diciptakan khas buat anak autisme beliau, serta seluruh anak autisme di seluruh dunia. Semoga ia terus memberi inspirasi untuk membesarkan anak istimewa ini dengan penuh kasih sayang serta kesabaran.

*Semua karya ini adalah hasil lakaran Encik Faizul Khalid dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Encik Faizul turut menubuhkan sebuah Fanpage yang diberi nama Tuhan Menduga Kita. Untuk menyatakan sokongan anda dan melihat lebih banyak karya beliau tentang perjalanan hidup seorang anak autisme serta cabaran yang dihadapi oleh mereka, boleh follow fanpage tersebut.

Yang Popular

To Top