Salah sebuah sekolah asrama penuh yang berprestij dan ‘top’ dalam melahirkan pelajar dengan keputusan cemerlang peperiksaan besar iaitu MRSM Langkawi. Namun, di sebalik kegemilangan ini terdapat beberapa aduan daripada ibu bapa mengatakan fasiliti sekolah tidak dijaga dengan elok.
Oleh itu, satu pemeriksaan mengejut telah dijalankan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, baru-baru ini.
Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!
DR. ASYRAF TERJAH MRSM LANGKAWI, BANYAK FASILITI DAH ‘OUT’!
Menurut beliau, pemeriksaan berkenaan bertujuan untuk melihat sendiri aduan yang diterima daripada ibu bapa kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu di sana. Dalam hantaran di Facebooknya, Dr Asyraf berkata antara aduan yang diterima termasuklah keadaan fasiliti tandas yang tidak dibaiki dan masalah air.
“Call Pengetua beritahu saya sampai”. Terpinga-pinga pengawal keselamatan tatkala saya tiba di pondok pengawal. Nasib baik dia tak tanya banyak seperti di MRSM lain sebab dia cam saya.”
Pihak MARA turut menerima aduan berkenaan bekas makanan yang tidak dicuci dengan sempurna serta isu-isu lain melibatkan kebajikan pelajar. Ternyata, selepas melihat dengan kaca mata sendiri, aduan tersebut adalah benar.
Menurut Dr Asyraf, beliau sudah berulang-kali mengingatkan pengurusan MRSM dan Institusi Pendidikan MARA yang lain untuk mengutamakan kebajikan pelajar. Adalah penting untuk beri keutamaan permohonan peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti asas yang melibatkan kebajikan pelajar dan guru termasuk tandas, peralatan belajar, asrama, dan kelas-kelas.
PINTU TANDAS PUN TERCABUT
Dalam tinjauan dibuat, mengejutkan juga apabila ada pintu tandas di MRSM berkenaan tercabut dan tumbang sebaik sahaja ditolak, walaupun dengan hanya menggunakan jari! Bukan itu sahaja, ada juga beberapa kubikel tandas juga didapati tidak mempunyai pintu serta menghadapi masalah lampu.
Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki lagi, masalah air di Pulau Langkawi yang tiada berkesudahan juga menyebabkan pihak Majlis MARA dan Pengurusan telahpun meluluskan peruntukan khas. Ia bagi memastikan bekalan air tidak putus seperti penambahan penyediaan tong menyimpan air dan juga membiayai kos lori air SADA.
Dalam tinjauan mengejut berkenaan, Dr Asyraf turut memeriksa kemudahan-kemudahan seperti tempat penyimpanan bahan basah untuk masak yang ada di MRSM tersebut. Tidak ketinggalan, beliau kemudian dilihat beramah-mesra dengan pelajar-pelajar yang dilihat tekun belajar.
@drasyrafwajdi TERJAH MRSM LANGKAWI….. “Call Pengetua beritahu saya sampai”. Terpinga-pinga pengawal keselamatan tatkala saya tiba di pondok pengawal. Nasib baik dia tak tanya banyak seperti di MRSM lain sebab dia cam saya. Memang saya tak maklumkan langsung kehadiran saya kerana pagi tadi sengaja saya ambil flight ke Langkawi untuk #TerjahMRSM Langkawi, sebelum naik bot ke Kuala Perlis mengadap DYMM Raja Perlis sebelah tengahari. Ini berikutan saya terima banyak aduan ibubapa mengenai keadaan tandas yang rosak tidak berbaiki untuk sekian lama, masalah air yang runcing sebagaimana yang dialami pelajar yang menduduki SPM tahun lepas, tray makan yang tidak dicuci sempurna dan lain-lain isu melibatkan kebajikan pelajar. Ternyata sebahagian aduan mereka ada kebenarannya. Berkali-kali saya pesan pada pihak pengurusan MRSM mahupun Institusi Pendidikan MARA lain termasuk IKM, KKTM, KPTM, UniKL dan lain-lain agar beri keutamaan permohonan peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti asas yang melibatkan kebajikan pelajar dan guru termasuk tandas, peralatan belajar, asrama, dan kelas-kelas. Masalah air di Pulau Langkawi yang tiada berkesudahan juga menyebabkan pihak Majlis MARA dan Pengurusan telahpun meluluskan peruntukan khas bagi memastikan bekalan air tidak putus seperti penambahan penyediaan tong menyimpan air dan juga membiayai kos lori air SEDA. Moga MRSM LANGKAWI kembali menjadi MRSM terbaik untuk SPM akan datang. Melihatkan komitmen guru dan sikap positif pelajar, insyaAllah saya doakan ia menjadi kenyataan. #Terjah #TerjahMRSM #MerakyatkanMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah #MRSM #ANSARA ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
*Semoga ada perubahan dan para pelajar dapat menuntut ilmu dengan selesa ya!
Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini
Sumber: Tiktok @drasyrafwajdi