Advertorial

Swipe Kad Mesra PETRONAS Dari 6 Hingga 12 Januari, 6X Mata Ganjaran Menanti Anda!

205
SHARES

Selamat tahun baru 2018! Cepat betul masa berlalu kan? Dengar cerita, tahun baru ni ramai yang naik gaji dan dapat bonus. Wah..mesti senyum sampai ke telinga kan?

Haa..ada satu lagi perkara kami nak bagitahu yang boleh buatkan anda senyum sampai ke telinga. Untuk pengetahuan anda, PETRONAS kini bermurah hati nak bagi 6X Mata Ganjaran Mesra setiap kali anda mengisi minyak dan berbelanja di PETRONAS!

Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggannya yang tak pernah berhenti menyokong mereka. Memang penjimatan yang berganda buat anda!

Nak tahu macam mana nak dapatkan ganjaran hebat ni? Jom baca sampai habis…

HANYA LERET KAD MESRA DAN DAPATKAN 6X MATA GANJARAN!

Apa? Sebelum ni PETRONAS hanya tawarkan 3X Mata Ganjaran, tapi kini 6X Mata Ganjaran Mesra. Banyak tu!

Haa..kalau anda nak dapatkan 6X Mata Ganjaran Mesra, jangan lupa leretkan Kad Mesra setiap kali mengisi minyak ataupun berbelanja di Kedai Mesra. Lebih banyak mata ganjaran yang anda kumpul, lebih cepat anda boleh tebus mata ganjaran tersebut.

Yang menariknya, dengan Mata Ganjaran Mesra yang terkumpul tu, anda boleh tebus untuk minyak ataupun barangan di Kedai Mesra tau.

  • 1 liter petrol atau diesel = 6 Mata Ganjaran Mesra
  • RM1 dibelanjakan di Kedai Mesra = 6 Mata Ganjaran Mesra

Contohnya macam ni, kalau anda isi minyak sebanyak 40 liter, anda akan menerima 240 Mata Ganjaran Mesra. Manakala, jika anda berbelanja sebanyak RM10 di Kedai Mesra, anda akan dapat 60 Mata Ganjaran Mesra. Hebat kan!

CEPAT REBUT TAWARAN HEBAT INI SEBAB…

Untuk pengetahuan anda, tawaran hebat ini hanya berlangsung dalam tempoh yang sangat terhad. Ia akan bermula pada 6 Januari 2018 hingga 12 Januari 2018 sahaja tau. 

Bagi sesiapa yang masih belum ada Kad Mesra, anda boleh dapatkannya di mana-mana 1,000 stesen PETRONAS seluruh negara secara PERCUMA!

Tapi, jangan lupa daftar melalui SMS ataupun permohonan online, barulah boleh redeem Mata Ganjaran Mesra yang dah kumpul tu! Caranya macam ni:

KAD MESRA <jarak> 17 digit Nombor Kad Mesra PETRONAS <jarak> Nombor IC <jarak> Nama dan hantarkan ke 36372

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PETRONAS ya. Jangan lupa leret kad Mesra bila isi minyak dan berbelanja di PETRONAS!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×