Nampaknya sekarang kita bukan sahaja perlu berdepan dengan ancaman wabak Covid-19, malah kita juga diancam dengan penularan wabak Influenza pula yang dikatakan mempunyai simptom yang sama seperi Covid-19. Namun, ada dalam kalangan kita yang sudah terkena jangkitan ini mengatakan simptomnya lebih teruk.
Golongan kanak-kanak adalah paling berisiko kerana mempunyai tahap imuniti yang masih rendah. Katanya wad kanak-kanak pun dah penuh dengan penyakit simptom ILI (Influenza Like Illness) ini…
Baca juga: 7 Jenis Ubat Batuk Di Farmasi Ikut Jenis Batuk Yang Kita Alami, Barulah Cepat Sembuh
Apa itu SIMPTOM ILI (influenza)? APA GEJALA?
Wad kanak-kanak di hospital kerajaan atau hospital swasta tengah penuh dengan penyakit simptom ILI (influenza like illness). Mostly datang dengan penyakit akut pernafasan seperti pneumonia, bronchiolitis, viral induced wheeze, asthma attack ataupun demam sakit tekak dengan kekeringan (dehydrated).
Kebanyakan kanak-kanak mendapat penyakit pernafasan akut disebabkan virus influenza ataupun RSV..Virus influenza ni ada vaksin dan mampu dibayar oleh rakyat. RSV virus ada vaksin tapi tersangatlah mahal harganya.
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :
-Demam
-Selesema
-Sakit tekak
-Batuk
-Sakit kepala
-Sakit badan
-Sukar bernafas
-Cirit birit dan sakit perut (khususnya dalam kalangan kanak-kanak)
Bagaimana Cara Penularan Influenza?
Ia merebak melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada sesiapa yang memegang permukaan sebab tu kena ada etika bersin.
Golongan berisiko tinggi :
-Kanak-kanak berumur < 5 tahun -Wanita hamil -Warga emas >65 tahun dan ke atas
-Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
-Individu obes
-Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti kanser, HIV)
Cara mencegah dengan setiap tahun vaksinasi diri anda serta anak-anak anda.
Rawatan yang Khusus bagi Influenza?
Ada dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.
Kids younger than 9 years old who get the flu vaccine for the first time, will get 2 doses at least 1 month apart. Kids older than 9 need only 1 dose of the vaccine for the 1st time. Subsequently, one jab annually.