Hebahan

Semua Pelajar Di Kawasan PKPB,PKPP Wajib Hadir Ke Sekolah Mulai 20 Januari-KPM

191
SHARES

Ekoran peningkatan kes pandemik COVID-19 sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sudah meluahkan rasa risau. Hal ini kerana, ada segelintir dalam masyarakat yang masih tidak patuh dengan SOP yang telah ditetapkan dan ada juga yang melanggar perintah kuarantin di rumah. Bukan itu sahaja, ada juga kes yang membabitkan pelajar sekolah seterusnya meningkatkan lagi kerisauan banyak pihak.

Namun, selepas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan semalam, ramai dalam kalangan ibu bapa dan pelajar tertanya-tanya apakah status operasi sekolah dan institusi pendidikan?

Tarikh Buka Sekolah Di Kawasan PKPP, PKPBB, PKP

Terbaharu, Menteri Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Jidin, mengadakan sesi sidang media berhubung dengan persoalan ini.

Sesi persekolahan bagi tahun 2021 adalah bermula 20 Januari, dimana samada murid perlu pergi ke sekolah atau tidak, itu bergantung kepada kawasan dalam kawasan PKP,PKPB atau PKPP

Bagi sekolah di kawasan PKP, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan berikut (tahun 2020 dan 2021):

-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

-Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

-Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

-Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

-Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

-Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

-Peperiksaan antarabangsa yang setara

Manakala, murid Sekolah Rendah Hingga Tingkatan 4 – Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januri 2021.

Bukan itu sahaja, guru-guru hendaklah kembali bertugas ke stesen masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Turut dimaklumkan bahawa pelajar Kolej Matrikulasi yang berada di kawasan PKP perlu kekal di kolej masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara online.

Artikel berkaitan :#PKP: Sesi Persekolahan Bersemuka Hanya Babitkan Calon Peperiksaan, Tadika Dibuka- KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×