0-6 Bulan

Salah Cara Menggunakan Baby Carrier Boleh Menyebabkan Bayi Artritis, Ini Panduan Yang Lebih Betul!

2.1K
SHARES

Penggunaan baby carrier sudah meluas dalam kalangan ibubapa. Bukannya apa, gunakan baby carrier ni anak lebih dekat dengan kita dan kurang merbahaya, tidak seperti menggunakan stroller. Namun, adakah anda pasti bahawa cara penggunaan baby carrier yang dipraktikkan selama ini adalah betul? Jom kita check sama ada betul atau tidak cara kita tu, kerana akan memberi kesan kepada kesihatan kaki bayi tau!

BETUL ATAU TAK KITA GUNA BABY CARRIER SELAMA INI?

Ramai pula saya tengok salah menggunakan baby carrier. Penggunaan yang salah boleh memberi kesan buruk kepada bayi terutama kepada hip joint atau dikenali sebagai Hip Dysplasia. Hip dysplasia bererti tulang pangkal peha (femoral head) terkeluar dari socket (acetabulum) atau kedudukan asal (lihat gambar A).

www.facebook.com/encik.matt.5

Kesannya kelihatan apabila bayi mula berjalan pada usia 2-3 tahun, cara mereka berjalan agak tidak stabil salah satu kaki lebih panjang dari kaki lain, bunyi ‘klik’ bahagian pangkal paha, sukar untuk memakai lampin, juga kelihatan kedudukan pinggul tidak selari ketika meniarap. Jika tidak dirawat kesan kesakitan akan dirasai pada usia remaja dan boleh mengudang masalah artritis.
Walau bagaimana pun Hip Dysplasia boleh berlaku disebabkan faktor lain juga termasuklah genetik,cara membedung tidak betul dan lain-lain .

www.facebook.com/encik.matt.5

Kepada ibu bapa, anda perlu peka dan ambil tahu sebelum menggunakan baby carrier. Dari pemerhatian saya di tempat awam hari ini (jam 9.30am-1145am) hampir 10 orang salah menggunakan baby carrier. Semua kaki anak terjuntai kebawah sepatutnya frog position. Oleh kerana anak saya dari usia 1 hari-2 tahun tidak pernah mengenakan baby carrier,maka saya tiada pengalaman untuk kongsi bagaimana cara kaedah yang betul.

www.facebook.com/encik.matt.5

www.facebook.com/encik.matt.5

Kaedah dan jenis baby carrier lebih tepat

1)Baby seawal sehari kelahiran dah boleh dikendong dengan carrier tetapi ringsling atau wrap. Bukan soft structured carrier

2) Facing face? Maksudnya front facing ke (muka baby menghadap depan, bukan dada ibu) tak boleh front facing (jika salah teknik) sebab akan over stimulate tulang belakang baby. Baby perlu menghadap ibu.

www.facebook.com/encik.matt.5

3) Pemilihan carrier yang paling mudah ialah mesti pastikan body panel carrier tu support kaki anak dari lutut ke lutut. Soft structured carrier yang ergonomic bamyak di pasaran. Elakkan menggunakan narrow based carrier atau hip seat carrier.
Bayi baru lahir sehingga dia ada head support yang kuat boleh gunakan ring sling atau wrap. Ada juga carrier yang dibuat supaya boleh digunakan dari newborn sampai toddler mcm tugeda ideal atau emeibaby.

http://www.bidorbuy.co.za/

*Okay, sekarang baru tahu cara yang betul macam mana nak gunakan baby carrier ni. Jangan sampai silap cara dah tau!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×