Dapur

Resipi Donut Tanpa Telur Sesuai Untuk Anda Yang Ada Allergi, Gebu!

232
SHARES

“Teringin nak makan donut, tapi aku alergik telur pula…”

Donut merupakan antara kuih atau makanan minum petang yang menjadi kegemaran ramai orang termasuklah kanak-kanak. Namun apa yang merisaukan adalah kandungan telur di dalam adunan donut yang mungkin tidak sesuai dengan anda yang alergik terhadap telur. Bukan itu sahaja, terdapat juga anak-anak kecil yang suka makan donut tetapi ibu bapa masih kurang arif dengan tahap alergik anak.

Oleh itu, perkongsian resipi donut tanpa kandungan telur ini mungkin akan membantu anda yang merupakan peminat tegar donut supaya boleh kembali makan dan buat donut secara sendiri di rumah.

MACAM MANA NAK BUAT DONUT TANPA TELUR?

1. Bahan-bahan yang diperlukan

1/2 cwn susu segar suam
1 tbs yis
1tbs gula
Perapkan yis hingga kembang

2. Dalam mangkuk lain masukkan bahan-bahan dan start la menguli.. adjust air sikit-sikit jika perlu.. bancuhan biar lembut ye.. uli hingga tak melekat ditangan…meleket sikit-sikit takpa nanti kita tabur tepung.

3. Dah siap uli tutupkan dengan kain lembab… biarkan sejam atau hingga doh naik 2 kali ganda.

4. Bila doh dah naik tumbuk-tumbuk sikit bagi kluar angin.. kemudian buat bulat-bulat dan leperkan sikit supaya senang nak lubangkan.. dulang tu tabur tepur sikit.

5. Saya guna nozel…akak-akak guna la apa patut yang boleh dibuat lubang

6. Biarkan doh naik sikit lagi…sambil tu dah boleh panasakan minyak

7. Goreng- toskan – gaul dgn gula halus

8. Siap! InsyaAllah masih gebu bila sejuk.. tp kalau mkn panas2 lagi la shahduuu~~ sedappp

Sumber : Nur Hasanah Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×