Dapur

Cara Buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Yang ‘Legend’. Cukup Mudah & Serius Sedap

2.9K
SHARES
boko ubi kayu

“Ish, kuih tepung boko ubi kayu ni asyik lalu dekat wall je. Mesti sedap ni. Tak boleh jadi, nak try buatlah.”

Meriah tengok sana sini ada orang jual dan upload gambar boko ubi kayu ni. Rasa terliur pun ada, lebih-lebih lagi kalau tengok yang jenis santan leleh tu. Tapi bila nak beli, tak ada pula yang deliver dekat-dekat area kita.

Jangan risau, bagi yang teringin nak rasa kuih boko ubi kayu ni, senang saja nak buat sendiri di rumah.

Mesti takkan menyesal sebab rasa kuih legend ni sememangnya sangat sedap. Teksturnya lembut dan cair di mulut. Yang tak ada gigi pun boleh makan. Gabungan rasa santan yang lemak dan ubi kayu yang manis tu serius meletop!

Jom kita cuba resepi kuih tepung boko ubi kayu yang disumbangkan oleh Puan Zalieda Zaliedana ini.

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu Yang Simple & Sedap

Macam yang korang tahu, kuih ni ada 2 lapisan kan. Satu lapisan ubi yang warnanya gelap, manakala satu lagi lapisan santan yang berwarna putih.

Untuk bagi mudah dan senang faham, kita tengok bahan dan cara membuatnya selapis demi selapis.

A. Bahan Untuk Lapisan Ubi

  • 2 cawan ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu (optional)
  • 2 sudu besar gula merah timbang (Untuk warna lebih cantik & gelap)
  • 1 @ 2 keping nisan / gula gerek
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 1/2 – 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan simpul

Cara-cara

1. Parut Ubi Kayu

Mula-mula, parut ubi kayu. Kemudian perah dan ambil lapisan ubi yang mendap tu.

2. Masak Gula Atas Api

Campurkan semua bahan di atas KECUALI ubi kayu. Masak sampai gula cair dan mendidih.

Bila dah masak, tapis dan sejukkan sebentar.

3. Blend Gula Dengan Ubi Kayu

Bila air gula dah sejuk bolehlah campurkan dengan ubi kayu parut tadi dan tepung ubi.

Gaulkan sebati dengan dengan senduk atau guna blender pun boleh, lagi senang.

4. Kukus

Tuang adunan dalam loyang @ bekas yang sesuai dan bolehlah dikukus hingga masak.

boko ubi kayu

B. Bahan Untuk Lapisan Santan

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam / secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (optional)

Cara-cara

1. Masak Atas Api

Untuk lapisan kedua ni pun mudah saja. Mula-mula, satukan semua bahan dan masak atas api sehingga agak pekat sedikit dan berkilat.

Saya nak cepat, masak dalam microwave saja. Sesekali bawa keluar, kacau-kacau dan masukkan balik sampai adunan agak pekat.

2. Tuang Dalam Bekas

Bila dah pekat, boleh terus tuang dalam bekas berisi ubi yang dah dikukus tadi. Kalau nak makan leleh-leleh, boleh tuang masa nak makan nanti. Kalau original tepung boko memang makan macam ni.

3. Siap!

Mudah kan nak buat kuih ni? Kalau nak lagi faham, boleh rujuk short video di bawah ni. Gerenti faham dan boleh buat punya, insha Allah.

Beginilah Hasilnya

Ha, taklah susah mana kan? Yang penting kena ada ubi kayulah sebagai bahan utama tu. Yang lain-lain tu biasanya dah ada di rumah kan.

Mesti seronok makan ramai-ramai di rumah. Buat untuk jamuan dan makan-makan di pejabat pun best! 

Jadi, jangan lupa cuba resepi pemanis mulut yang special ni ya!

*Resepi ini disumbangkan oleh Puan Zalieda Zaliedana menerusi Facebook. Untuk lebih banyak perkongsian resepi menarik dan ringkas, boleh blogwalking ke blog beliau di https://ummiesya.blogspot.com atau follow FB Zalieda Zaliedana dan IG Zalieda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×