Dapur

‘Sup Telur Ibu Buat Paling Sedap Di Dunia!’- Ini Resepinya…Memang Kena Try!

403
SHARES

Memasak untuk anak-anak sudah semestinya menjadi aktiviti yang menyeronokkan buat si ibu. Tambah pula kalau makanan yang dimasak dipuji ‘melangit’ oleh anak-anak, lagi si ibu suka kan? Oleh itu, antara menu yang boleh memikat hati anak-anak untuk makan dengan berselera adalah sup telur.

Mungkin banyak versi resepi sup telur yang anda akan jumpa tetapi tidak semuanya mempunyai rasa yang sedap bukan? Jadi, ibu ini berkongsikan resepi sup telur yang ternyata mendapat pujian dari anaknya sendiri. Jom cuba!

Resepi sup telur

Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takkk? Ibu mana tak seronok kalau anak puji kann. Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.

Bahan-bahan :

– 4 biji telur ayam

– 7 biji fishball (belah dua)

– Setengah biji carrot (belah dua dan potong biasa)

– 3 ulas bawang putih (dicincang)

– Kiub pati ayam (guna separuh je)

– lada sulah

– Garam

– 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)

– Minyak masak

Cara-cara masak

1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.

2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.

3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)

4 Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba ya.

Sumber: Nora Azni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×