Dapur

Petua Rawat Demam Anak Dengan Sup Tulang Ayam. Buat Stok Pun Boleh!

1.8K
reads
sup ayam untuk anak

“Dah lebih seminggu batuk Adik tak baik-baik. Apa lagi makanan yang boleh tingkatkan imuniti ya? Haritu dah buat sup ayam untuk anak. Mungkin kali ni patut cuba sup tulang ayam tu. Dengar macam bagus.”

Bila anak tak sihat, macam-macam petua kita cuba untuk bantu dia cepat sihat. Chicken bone broth atau sup tulang ayam adalah makanan berkhasiat yang turut dikenali sebagai immunity booster. Malah, ada yang turut menggelarnya sebagai ‘sup kebal’.

Sup tulang ini sebenarnya telah diamalkan sejak turun-temurun lagi sebagai penawar. Ia bukanlah terhad kepada tulang ayam saja, tetapi juga boleh dibuat daripada lembu, ikan, atau kambing. Menurut sumber, ekstrak daripada tulang haiwan ini mengandungi 19 jenis asid amino beserta bahan padat nutrisi yang mudah diserap oleh tubuh. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ianya boleh menjadi petua rawat demam dan batuk untuk anak kecil, kanak-kanak, dan juga dewasa.

Kali ini, Puan Syazwana Jamal akan menunjukkan step-by-step cara membuat chicken bone broth yang juga boleh disimpan dijadikan stok dan perasa makanan yang serba berkhasiat.

Cara Membuat Chicken Bone Broth

Mengikot pembacaan saya, chicken bone broth (CBB) dengan chicken stock ni lain sikit. Kalau chicken stock, kita akan gunakan isi ayam untuk dapatkan rasa ayam sebagai perisa tambahan atau penyedap dalam makanan. Tapi kalau CBB ini pula lebih kepada immune booster kerana kita telah mengekstrak zat-zat daripada tulang ayam.

Jadi, inilah cara saya buat stok chicken bone broth untuk anak kecil saya. Senang. Bila nak guna, ambil saja 1 kiub dan masukkan dalam masakan. Berkhasiat dan boleh dimakan pada bila-bila masa, terutamanya pada waktu anak kurang sihat.

Bahan-bahan

1. Sebiji bawang besar.
2. Satu labu bawang putih.
3. Celery 3 batang.
4. Carrot sebatang.
5. Tulang-tulang ayam.
6. Lemon/cuka /tomato
7. Rempah 3 sekawan.

*Lemon / cuka / tomato  – salah satu bahan berasid ini berfungsi untuk mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut. Mesti letak ya!

Cara-cara

Ini cara-caranya langkah demi langkah.

1. Masukkan Bahan Dalam Periuk

Masuk semua dalam periuk besar. Oh ya, lemon itu pastikan diperah. Jangan pula dicampak sekali dalam periuk.

2. Masukkan Air

Saya guna air agak-agak penuh. Seeloknya guna periuk stainless steel, jangan yang aluminium sebab setahu saya yang aluminium boleh menyebabkan cuka / lemon boleh bertindak balas dengannya.

3. Masak Hingga Kuantiti Air Menjadi Separuh / Suku

Kalau guna pressure cooker sejam saja dah siap. Tapi saya tak ada, saya pun tunggulah sampai 4 jam. Air yang penuh tadi tinggal suku. Ada orang cakap, sampai air turun jadi separuh pon dah boleh. Terpulanglah nak yang mana.

3. Tapis Dan Biar Sejuk

Lepas dah siap, tapiskan bahan. Saya tak pakai dah tulang-tulang yang tinggal tu. Ambil pati supnya saja.

4. Masukkan Ke Dalam Ice Tray

Akhir sekali, masukkan ke dalam ice tray dan bekukan. Bila nak masak, boleh ambil ikut kuantiti yang diperlukan. Boleh buat sup ayam untuk anak, atau dijadikan perasa untuk masak makanan lain.

sup ayam untuk anak

Bila dah beku, inilah hasilnya.

sup ayam untuk anak

Berkhasiat Dan Padat Nutrisi

Itulah cara membuat chicken bone broth. Mudah saja, bukan? Bukan saja anak-anak, bayi dan dewasa juga boleh mendapatkan manfaat daripadanya. Masakan anda pun tentu bertambah sedap dan terasa lazat!

 

*Sumber asal artikel ini adalah oleh Puan Syazwana Jamal dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Ikuti banyak lagi perkongsian beliau melalalui blog TomatoWithCheese.com.

Carian Yang Berkaitan:

  • resepi cbb untuk bayi
  • sup ayam ubat batuk
  • kebaikan sup tulang ayam
  • sup tulang ayam ubat demam
  • sup tulang ayam untuk demam
  • sup tulang belakang ayam
  • sup untuk anak demam
  • tulang ayam buat stok
  • tulang haiwan yang bole di buat ubat
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top