Dapur

Dengan Bajet RM180, Anda Boleh Masak Daging Wagyu Di Rumah Setaraf Restoran Mewah!

5
SHARES

Buat peminat daging lembu sudah pasti anda tahu tentang keenakan daging wagyu yang disebut-sebut oleh orang ramai bukan? Bukan sahaja sedap dan lembut malah harga daging wagyu ini boleh mencecah ratusan ringgit apabila dihidangkan di restoran mewah walaupun hanya sepotong kecil sahaja.

Oleh itu, wanita ini berkongsikan resepi dan cara memilih daging wagyu di pasaran dalam bajet yang lebih murah iaitu sebanyak RM 180 sahaja. Buat anda yang teringin dan masih mampu untuk mencuba dalam bajet tidak sampai RM 200 ini, apa salahnya kalau home-cooked sahaja di rumah kan?

CARA MASAK DAGING WAGYU ‘HOMECOOKED’ BAJET RM180

Nak makan Daging WAGYU tapi tk mampu? Jangan risau, Kite homecooked je. Kalau di kedai 1 plate set mcm ni saya selalu makan RM500-800… Kali ni saya nak ajar buat Steak daging wagyu bawah Rm180. Semua orang mampu makan! Trust me.

BAHAN-BAHAN

-Pan fry

-Daun Rosemary

-Daun Thyme

-Garlic

-Sayur

-Asparagus

-Brokoli

-Pumpkin butternut

-Carrot

1. Harga yang saya pilih…

– Marble 9 RM153

– Marble 6 Cube zoom belakang tu RM139.07

Marble ni maksud dia kelembutan dan kualiti wagyu tersebut. Lebih tinggi marble lebih lembut & sedap…

2. Perap dengan lada hitam

3. Masak garlic dan herb

4. Wajib letak olive oil

5. Masukkan daging wagyu. Gunakan minyak butter dan sadurkan atas daging

6. Kemudian goreng sayur sayur menggunakan baki minyak daging

7. Siap!

*Terliurnya!

Sumber: Dania Sedek

Most Popular

To Top
×