Dapur

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Mudah & ‘Sedak Do’oh’. Pedas, Masam, Manis Semua Cukup!

71
SHARES
Resepi sotong stim limau

Hari-hari asyik makan ayam je, apa kata sesekali cuba buat resepi sotong stim limau ala Thai ni.

Yang tak ada selera, tak lalu nak makan pun mesti naik selera sebab ia memang sedap… Rasa pedas, masam, manis semua cukup.

Sedak do’oh laa bak kata orang!

Sos yang kita buat ni boleh juga guna untuk ikan siakap stim limau.

Jadi kalau tak ada sotong kat rumah boleh juga ganti dengan ikan siakap ni. Ikutlah citarasa masing-masing ok.

Jadi jangan buang masa lagi, jom kita tengok resepi sotong stim limau ala thai oleh Ayadieeya ini.

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Simple & Sedap

Ini bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sotong stim ala Thai yang padu!

Bahan-bahan

  • Sotong setengah kilo @ 1 kg
  • Bawang putih dalam 7-8 ulas ( nak letak lebih pun boleh ) – dicincang halus
  • Cili dalam 8-9 biji – dicincang
  • Asam limau nipis dalam 3biji
  • Daum ketumbar – dipotong
  • Kiub pati ayam 1/2 kiub atau 1 kiub
  • Kicap sotong – 3 sudu besar
  • Gula – 2 sudu besar

Cara-cara

1. Kukus Sotong

Pertama sekali, kukus sotong selama lebih kurang 7 minit, jangan letak air.

Kukus sehingga masak dan angkat.

Lebihan air sotong tu saya buang.

2. Buat Sos

Lepas tu buat sosnya pulak.

Caranya mudah je.

Mula-mula kita panaskan air 1 cawan, lepas tu masukkan kiub pati ayam dan gula.

Kemudian tutup api, tunggu suam kejap.

Bila dah tak berapa panas tu boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar.

Resepi sotong stim limau

3. Perasakan Secukupnya

Nanti try rasa dulu sosnya sebelum tuang.

Kalau tak cukup masam tambah limau nipis.

Kalau nak masin lagi boleh tambah kicap sotong.

Kalau agak-agak tak cukup manis tambah gula.

 

4. Tuangkan Atas Sotong

Bila dah secukup rasa, akhir sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi.

Resepi sotong stim limau

Siap!

Senang je kan?

Nanti bolehlah buat di rumah ya.

Makan dengan nasi panas pun sedap sangat ni… Tambah pulak kalau ada telur dadar. Wah, confirm feeling ala-ala Thai gitu.

Selamat mencuba.

*Kredit resepi : Ayadieeya

Most Popular

To Top