Dapur

Resepi Sambal Goreng Power. Makan Dengan Nasi Kosong Confirm Bertambah

138.8K
SHARES

Kalau dah namanya orang Malaysia memang tak sah kalau tak makan sambal dalam sehari. Sambal goreng ni walaupun simple tapi ia antara menu pelengkap yang menaikkan lagi selera kita bila makan dengan apa-apa pun!

Ada yang suka cicah roti, cucur, ubi rebus, makan dengan biskut, bubur, nasi goreng  dan sebagainya. Kalau dapat yang sedap tu, makan dengan nasi kosong pun boleh bertambah tau!

Jom kita tengok resepi sambal goreng turun-temurun yang lazat tapi mudah disediakan seperti yang dikongsikan oleh Puan Lyana Hisham ini.

Resepi Sambal Goreng Simple Tapi Power

Sebenarnya sambal ni Yana belajar daripada Ibu, resepi asal daripada arwah nenek Yana.

Arwah nenek memang pandai masak, dulu kecik-kecik order apa jer semua dia buat. Rinduu tok mak, Al Fatihah.

Ini resepinya, Yana senaraikan secara ringkas ya.

Bahan-bahan

  • *Bawang besar saiz sederhana 2
  • *Cili hijau 6 & Cili Merah 4
  • *Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
  • *Ikan bilis sikit
  • *Belacan sikit
  • Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)

– Semua bahan bahan bertanda * ni blend kering.

Cara-cara

1. Tumis Bahan Kisar

Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing).

Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing.

2. Masukkan Air Asam

Bila bahan dah garing, baru masukkan air asam.

Perasakan dengan garam, kemudian gula sikit.

Resepi sambal goreng

3. Tambah Hirisan Bawang

Hiriskan bawang dan campur sekali dalam sambal.

Kacau sebati dan lepas tu tutup api.

4. Buang Lebihan Minyak

Jika perlu, bolehlah buangkan lebihan minyak pada sambal tadi.

Bolehlah agak-agak pandai buang sendiri banyak mana nanti okay.

Siap!

Mudah kan?

Siap dah…. Inilah hasilnya. Memang boleh buat terliur kan?

Mudah sangat sebenarnya nak buat sambal goreng ni. Bolehlah simpan stok dekat rumah nanti.

Bila agak-agak malas atau tak sempat nak masak, boleh makan dengan nasi, roti, bubur atau apa-apa yang kita suka.

Confirm menjilat jari!

Selamat mencuba ya semua.

*Resepi sambal goreng ini dikongsikan oleh Puan Lyana Hisham menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dirujuk pada post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×