Dapur

Cuma Guna Biskut, Susu Pekat & Telur. Ini Resepi Puding 3 Bahan Yang Simple Tapi Yummy

5.8K
SHARES

“Petang-petang ni makan puding best jugak. Dapat pulak yang sejuk-sejuk, lagi nyaman! Eh, tapi macam tak ada bahanlah kat dapur…”

Sesekali makan puding memang seronok, rasa sejuk je tekak kan?

Selalunya kita buat puding guna serbuk jelly atau pek agar-agar kering yang dijual di kedai kan. Tapi kali ini kita nak buat puding guna bahan yang paling simple dan selalunya mesti dah ada dekat rumah. Tak payah nak keluar pergi kedai lagi. Hanya 3 bahan saja!

Teruja kan? Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Siera Haiyi ini. Menurutnya, inilah kali pertama dia buat dan menjadi. Memang paling senang dalam dunia dan boleh menangis tengok resepi.

Resepi Puding 3 Bahan Paling Mudah & Sedap

Wah, tak sangka puding yang cantik macam ni memang betul-betul guna 3 bahan saja.

Bahan-bahannya adalah…

  • 10 keping biskut cream crackers (rasanya apa saja biskut pun boleh)
  • 2 biji telur
  • 3 sdb susu pekat (boleh rasa kalau kurang manis tambah lagi ye)
  • *pewarna apa ikut suka (kalau tak ada boleh guna serbuk koko / Milo)

Cara-cara

Dah guna pun 3 bahan saja, jadi cara nak membuatnya pun dah tentulah ringkas juga.

Mesti ramai nak tahu macam mana kan?

Let’s check it out!

1. Rendam Biskut

Mula-mula ambil biskut cream crackers tadi dan rendamkan ke dalam air. Biar kejap dan tunggu sampai lembut.

Bila dah lembut, toskan.

Puding biskut cream cracker

2. Campur Semua Bahan

Lepas tu, campurkan semua bahan iaitu biskut, susu dan telur tadi ke dalam saty bekas.

3. Kisar

Seterusnya kita kisar je semua bahan tadi tu guna blender.

Kemudian dan boleh pindahkan masuk dalam acuan. Saya asingkan dalam 2 bekas untuk buat 2 warna.

4. Kukus

Akhir sekali, kukuskan.

Nak kukus macam mana? Macam biasa mula-mula panaskan pengukus.

Kemudian sapu acuan dengan butter.

Bila pengukus dah panas, bolehlah kukus selapis demi selapis.

Setiap lapisan tu, kukus selama 5 minit. Cuma yang lapisan paling akhir atas sekali kukus selama 10 minit.

*Boleh buat berapa lapis ikut suka. Kalau malas nak lapis banyak kali macam ni, buat 2-3 lapis pun dah ok.

Bila dah siap, macam nilah hasilnya….

Senang Ke Mudah?

Wah, tak sangka memang simple sangat cara nak buat puding yang cantik berbelang-belang macam ni.

Sesuai untuk makan petang, hidangkan sebagai pencuci mulut, dan boleh bawa untuk jamuan-jamuan di pejabat atau sekolah anak. Tak payah tempah-tempah dah kan?

Jadi, apa lagi. Dah alang-alang ada biskut lebih dekat rumah tu silalah cuba. Memang mudah sangat. Rasanya pun dah tentulah sedap. Nak makan masa panas boleh, makan sejuk-sejuk pun lagi best!

**Resepi puding biskut cream crackers 3 bahan ini dikongsikan oleh Siera Haiyi menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian resepi menarik, follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×