Dapur

Guna Kulit Popia Dah Boleh Buat Kudapan Hari Raya Ala Pepero, Mesti Cuba!

2.5K
SHARES

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang sudah memulakan ‘misi’ membuat kuih raya sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma bukan? Bukan sahaja kuih raya, ramai juga yang mencuba pelbagai resepi kudap-kudapan selain biskut raya untuk disajikan kepada tetamu yang datang ke rumah. Salah satu resepi kudapan yang menjadi viral adalah Popia Pepero ala-ala makanan ringan Pepero dari negara Korea ini. Jom kita cuba!

Popia pepero bersama White coklat dan oreo

Cara – cara buat :

– Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)

Kulit popia. Selepas potong & gulung

– **Kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.

– **Kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air.

– Goreng hingga keperangan.

– Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.

Oreo guna brand nie. Dia dah siap hancur. Beli kat kedai cake. Harga dalam rm13

White coklat guna brand nie. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90

– ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.

Kaedah double boil.

– ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu

– Tak perlu letak dalam peti sejuk.

– Siap

*Boleh buat untuk kudapan Hari Raya!

Sumber : Adilah Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×