Dapur

Cara Buat Peria Goreng Crispy Tahan Berbulan Tak Lemau, Tak Tengik & Tak Pahit. Barulah Sedap

304
SHARES

Mungkin tak ramai antara kita yang suka makan peria.

Tapi tahu tak sebenarnya peria ni sedap sangat kalau digoreng garing!

Dah jadi macam kerepek, boleh ketagih dan makan tak berhenti tau.

Kalau yang tak biasa masak peria, tentu akan teragak-agak juga nak cuba masak peria ni kan? Yelah, sebab takut pahit dan tak jadi.

Nak tahu tips dan cara goreng peria yang rangup dan sedap, apa kata kita tengok resepi peria goreng crispy oleh Baizura Che Ismail ni.

Beliau memang pakar dalam bab ni sebab peria goreng crispy ni memang dah jadi sumber rezeki.

Jom tengok perkongsian resepi peria goreng crispy beliau selengkapnya di bawah ini.

Resepi Peria Goreng Crispy Tahan Berbulan Tak Lemau

InsyaAllah resepi peria goreng crispy ni kalau ikut betul-betul memang rangup dan tahan berbulan bulan dan yang penting tak tengik, tak lemau, tak berminyak dan tak pahit sangat.

Bahan utama mestilah kena ada peria kan.

Tak kisahlah kalau nak guna peria besar atau peria katak, dua-dua boleh.

resepi peria goreng crispy

Cara Cuci Peria Sebelum Digoreng

  1. Belah peria kepada 2 bahagian dan korek biji peria guna sudu.
  2. Cuci bersih kedua-dua bahagian selepas dipotong.
  3. Sagat peria guna sagat pisang tu.
  4. Rendamkan dengan air garam selama 30 minit. (rasa dulu air garam pastikan masin. Nanti kalau tak masin takut pahitnya tak hilang bila digoreng dan tak ada rasa).
  5. Toskan selepas direndam 30 minit.

Cara Goreng Peria Supaya Kekal Rangup

Untuk campuran tepung goreng, saya gunakan nisbah ni.

Bahan campuran tepung:

  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung

*Tepung serbaguna dan cukup rasa, so dah tak payah tambah garam atau perasa lagi.

Langkah Menggoreng

  1. Minyak kena banyak tau.
  2. Penting dan masa nak gaul peria dengan tepung tu kena masuk sikit-sikit dan terus goreng. (Jangan biarkan peria terlalu lama dalam tepung takut melekat nanti jadi jemput-jemput pulak.)
  3. Tips kekal rangup ialah kena jaga api. Pastikan peria memang keras masa dalam kuali tu. Boleh tekan guna sudip untuk check sama ada dah keras belum.
  4. Dah siap toskan dan lapik dengan tisu atau surat khabar bagi minyak lebihan peria tu semua turun. Nanti bila nak simpan dalam balang tak adalah minyak tu mendap dekat bawah.
  5. Ulang langkah sama sampai peria habis.

TIPS:

*Kalau tak yakin peria tu dah rangup, boleh goreng untuk kali kedua. TAPI pastikan peria tu dah sejuk sebelum goreng untuk kali kedua. Memang renyah sikit tapi berbaloi tau!

Siap Digoreng… Inilah Hasilnya

i) Peria Goreng Crispy Mamak Style

Ni kalau korang suka daun kari ala-ala mamak style, korang gorengkan dengan daun kari dan cili kering.

Kemudian gaulkan sekali.

Memang wangi betul bau daun kari tu, cili kering tu time makan dengan nasi boleh buat ulam.

Fuh sedap tau pedas-pedas gitu.

Resepi peria goreng crispy

ii) Peria Goreng Crispy Original / Hot Spicy

Yang ni guna tepung hot spicy guna tepung serbaguna.

Tak ada tambah apa-apa pun dah sedap tau!

iii) Peria Goreng Crispy Salted Egg

Yang ni versi salted egg.

Mudah je, cara goreng sama macam tadi.

Cuma bila dah siap nanti gaulkan dengan serbuk salted egg, daun kari dan cili kering.

Serbuk salted egg saya guna yang Chef Ziff punya memang sedap. Buat masak pun sedap.

Selain serbuk salted egg ni dia ada juga serbuk cheese yang super premium. Pun sedap jugak.

Resepi peria goreng crispy

Selamat Mencuba!

Ok dah siap. Alhamdulillah semoga bermanfaat untuk semua.

Tak mintak banyak, harap dapat doakan saya semoga murah rezeki dan mak saya cepat sihat dari strok.

Mohon juga doakan agar saya mampu berikan kasih sayang pada anak-anak arwah kakak saya dan dapat bimbing diorang. Maklumlah saya baru 28 tahun anak-anak pulak dah 13tahun dengan 14 tahun. Anak express katakan.

Apapun, silalah cuba resepi peria goreng crispy ni ya!

 

*Resepi peria goreng crispy ini dikongsikan oleh Baizura Che Ismail menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Rujuk post asal beliau di SINI untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan resepi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×